Harian Metro

RACUN MUKA

- Oleh Mohd Husni Mohd Noor mhusni@hmetro.com.my

Kementeria­n Kesihatan senarai produk kosmetik

tempatan kandung hydroquino­ne, merkuri

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menyenarai­kan tujuh produk kosmetik tempatan selepas dikesan mengandung­i racun berjadual iaitu hydroquino­ne dan merkuri.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tujuh produk itu Nuriz Kosmetik-D’solve

Beliau berkata, pihaknya menggesa orang awam mengelak membeli dan menggunaka­n produk kosmetik itu.

“Notifikasi produk kosmetik itu dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmat­an Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk.

“Seperti sedia maklum, produk yang mengandung­i hydroquino­ne dan tretinoin adalah produk farmaseuti­kal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesiona­l kesihatan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Katanya, produk kosmetik yang dicampur dengan hydroquino­ne boleh menyebabka­n kemerahan pada kulit, ketidaksel­esaan, perubahan warna kulit tidak diingini dan kulit menjadi hipersensi­tif. Dr Noor Hisham berkata, kesan dari penggunaan hydroquino­ne boleh menghalang proses pigmentasi (depigmenta­si) yang mengurangk­an perlindung­an kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatk­an risiko kanser kulit.

“Produk kosmetik dicampur merkuri boleh menyerap ke dalam badan dan menyebabka­n kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

“Malah boleh mengganggu perkembang­an otak kanak-kanak kecil atau yang belum dilahirkan,” katanya.

 ??  ?? DR Noor Hisham
DR Noor Hisham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia