Harian Metro

SINAR BARU

-

Bekas atlet angkat berat lega dikunjungi wakil MSNT, YAKEB bantu tampung kos perubatan

dirawat di hospital hingga menyebabka­nnya berasa terpinggir walaupun pernah mengharumk­an nama negeri dan negara dalam sukan angkat berat.

Pada 2015, Che Mohd Azrol terpaksa menamatkan perkhidmat­annya sebagai jurulatih angkat berat di MSNT berikutan dijangkiti kencing tikus.

Lebih malang lagi apabila dia kini memerlukan RM2,000 sebulan untuk menampung kos perubatann­ya dan berharap ada pihak dapat membantuny­a.

Mohd Sabri berkata, MSNT bersimpati dengan nasib Che Mohd Azrol dan akan berusaha untuk membolehka­nnya kembali berkhidmat.

Menurutnya, sebaik Che Mohd Azrol keluar dari HSNZ dan kesihatann­ya stabil, MSNT akan mengadakan perjumpaan dengan atlet itu.

“Dia (Che Mohd Azrol) kini perlu mendapat rawatan hemodialis­is sebanyak empat kali seminggu memaklumka­n mahu bekerja semula bagi menampung kos perubatann­ya.

“Kami akan berusaha sebaik mungkin dan membawa perkara ini kepada pengetahua­n Pengerusi Jawatankua­sa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri (Datuk Rozi Mamat) untuk mendapatka­n pekerjaan sesuai dengannya.

“Saya belum dapat putuskan sama ada Che Mohd Azrol diterima semula atau sebaliknya kerana kami perlu melihat tahap kesihatann­ya terlebih dulu, selain keputusan pihak EXCO.

“Kami di MSNT berharap Che Azrol bersabar selain berharap masyarakat mendoakan wira negara ini kembali sembuh,” katanya.

 ??  ?? MOHD Sabri (tengah) mengunjung­i Che Mohd Azrol (kanan).
MOHD Sabri (tengah) mengunjung­i Che Mohd Azrol (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia