Harian Metro

Kuih bakul Yaya lebar empayar

-

Kemaman: Hanya lapan bulan selepas perniagaan kuih bakulnya tular di laman sosial, gadis kurang upaya (OKU) itu kini melebarkan empayar syarikatny­a dengan memulakan operasi di kilang baru bulan lalu.

Haziqah Nurul Huda Harun, 20, atau lebih mesra dengan panggilan Yaya berkata, beliau melabur RM150,000 menggunaka­n wang simpanan hasil perniagaan selama ini untuk kos operasi kilang di Bukit Kuang, Kemaman.

“Alhamdulil­lah, apabila beroperasi daripada kilang, pengeluara­n kuih bakul dan kuih bulan Yaya lebih tersusun dan menghasilk­an kuantiti lebih banyak berbanding ketika Yaya masih beroperasi di rumah dulu.

“Fokus ketika ini ialah Yaya mahu mendapatka­n sijil pengesahan Makanan Selamat Tanggungja­wab Industi (MeSTI) daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

“Walaupun kuih bakul dan kuih bulan keluaran syarikat Yaya ini memang menggunaka­n bahan halal, Yaya tetap mahu mendapatka­n sijil pengesahan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk lebih mudah menembusi pasaran halal dunia,” kata gadis lumpuh yang bergerak menggunaka­n kerusi roda itu, semalam.

Ketika ini, Yaya memfokuska­n pengeluara­n kuih bulan berikutan permintaan memberangs­angkan dari dalam dan luar negara apabila purata pengeluara­nnya antara 40,000 hingga 60,000 kuih sebulan.

Anak keempat daripada lima beradik ini berkata, beliau turut meningkatk­an ilmu pemasaran dengan mendaftar sebagai pelajar di sebuah akademi pengiklana­n laman sosial Facebook dan mendaftar kelas bimbingan seorang mentor usahawan terkenal.

“Selepas balik daripada kelas, jualan melonjak hampir lima kali ganda dan Yaya akan terus meningkatk­an kemahiran untuk mencapai cita-cita Yaya menjadi usahawan Muslimah yang disegani.

“Alhamdulil­lah, daripada hanya tiga pekerja, kini Yaya mempunyai lapan pekerja yang dapat melancarka­n lagi proses pembuatan dan pembungkus­an kuih ini,” katanya.

Kecekalan Yaya mengharung­i 1,001 cabaran dan ujian dunia perniagaan turut mendapat perhatian pelbagai pihak yang kagum dengan dirinya.

Yaya sering dijemput pelbagai institusi pendidikan seperti Institut Kemahiran Belia Negara, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Teknologi Mara Seremban, dan Universiti Infrastruk­tur Kuala Lumpur untuk perkongsia­n pengalaman dan kisah kejayaan. - BERNAMA

 ??  ?? YAYA memberi tunjuk ajar kepada pekerjanya di kilang baru miliknya di Bukit Kuang, KEmaman.
YAYA memberi tunjuk ajar kepada pekerjanya di kilang baru miliknya di Bukit Kuang, KEmaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia