Harian Metro

BAPA INTERNET DIRAI

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

Pengasas JARING terima anugerah pencapaian sepanjang hayat

“Saya mula belajar mengenai Internet pada 1983. Saya belajar sendiri, melalui pembacaan dan buat praktikal sewaktu mengajar di Universiti Malaya. Kerajaan pun tak tahu pada masa itu,” kata bapa Internet Malaysia, Dr Mohamed Awang Lah, 64.

Beliau adalah individu pertama yang memulakan perkhidmat­an Internet di dalam negara pada 1986 sekali gus pengasas JARING.

“Sebelum itu memang tidak ada Internet. Faksimili pun baru keluar. Komunikasi melalui Teleks, itu saja.

“Idea untuk mewujudkan Internet pada masa itu timbul apabila saya menemui teknologi di dalam komputer dan saya minat.

“Sekarang, sudah banyak penyedia Internet, namun banyak lagi perkara yang kita perlu buat. Kita tahu, tapi kita belum berjaya menghasilk­an produk kita sendiri. Ada, bukan tak ada, tetapi belum ketara. Jadi, kita kena berusaha lagi,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui pada Majlis Anugerah Cyber Security Malaysia 2017, kelmarin.

Pada majlis itu, Dr Mohamed bersama Datuk Dr Raja Malik Mohamed, 68, diberikan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Cyber Security yang disampaika­n Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Majlis anugerah itu turut membabitka­n kategori

Sementara itu, Dr Raja Malik adalah orang yang bertanggun­gjawab menubuhkan Pusat Teknologi Pengurusan Institut Tadbiran Awam (IMATEC) dan pengasas Sistem Maklumat Pengurusan Ketua Eksekutif (SMPKE).

Beliau juga aktif dalam Persekutua­n Komputer Nasional Malaysia (MNCC) sebagai pengerusi selama 10 tahun dan presiden Konfederas­i Komputer Serantau Asia Tenggara (SEARCC) selama dua tahun.

Mengulas mengenai perkembang­an IT dalam negara, beliau berkata, IT kita setanding dengan negara lain.

“Kita kena ikut trend baru. Namun, kita bukan hendak terus menggunaka­n teknologi itu.

“Kita hendak padankan dengan keperluan. Kalau tidak, kita beli tapi tidak pakai. Macam gajet, bukan pakai semua pun,” katanya.

 ?? Dr Mohamed Awang Lah ?? DR Mohamed (kiri) bersama Dr Raja Malik pada Majlis Anugerah Cyber Security Malaysia 2017, kelmarin. Idea untuk mewujudkan Internet pada masa itu timbul apabila saya menemui teknologi di dalam komputer dan saya minat”
Dr Mohamed Awang Lah DR Mohamed (kiri) bersama Dr Raja Malik pada Majlis Anugerah Cyber Security Malaysia 2017, kelmarin. Idea untuk mewujudkan Internet pada masa itu timbul apabila saya menemui teknologi di dalam komputer dan saya minat”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia