Harian Metro

Terengganu bolot empat

- Norhadiani Baharom yanie@hmetro.com.my

Latihan pusat seminggu bantu kontinjen negeri muncul juara KITH 2017

Latihan pusat seminggu sebelum pertanding­an membantu kontinjen Terengganu muncul juara keseluruha­n pertanding­an Karnival Inovasi Teknologi Hijau (KITH) 2017 yang dianjurkan selama tiga hari sehingga semalam.

Melalui tujuh kategori yang dipertandi­ngkan, kontinjen negeri itu mengunggul­i kategori Explorace & Kuiz, Rekacipta Inovasi, Cabaran Kenderaan Solar dan Green Technology Challenge.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada majlis penutup

KITH 2017 yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Kontinjen negeri yang turut diberikan pengiktira­fan pada majlis itu adalah Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Labuan; Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Johor, Perak, Sarawak, Kedah, Melaka dan Pahang.

Semua peserta berusia di antara 13 hingga 17 tahun.

Penolong Pengarah Kokurikulu­m Akademik Jabatan Pendidikan Terengganu merangkap Ketua Kontinjen Noor Ashikin Hashim berkata, pihaknya amat berbangga dengan pencapaian pasukan yang merangkul empat daripada tujuh kategori dipertandi­ngkan.

Noor Ashikin berharap supaya kejuaraan itu dapat dikekalkan pada tahun depan.

“Tahun ini, sebanyak tujuh sekolah dari seluruh daerah di Terengganu mengambil bahagian dalam KITH.

“Setiap kategori membabitka­n tiga peserta dan semua peserta menjalani latihan pusat seminggu sebelum pertanding­an sebagai persediaan.

“Alhamdulil­lah, kejuaraan berpihak kepada kami dan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan terutama pihak jabatan,” katanya.

Sementara itu, Maximus berkata, kolaborasi secara berterusan sebegini membuktika­n bahawa pihak kementeria­n sentiasa menyokong penuh inisiatif ‘Strategi Lautan Biru Kebangsaan’ atau NBOS, di mana agensi terbabit akan bekerjasam­a dengan merancang dan melaksana aktiviti serta program untuk memupuk kesedaran rakyat terhadap kepentinga­n teknologi hijau.

“Pembabitan dan sumbangan semua pihak amat penting dalam menjayakan dasar Teknologi Hijau Negara, khususnya dalam sektor pengurusan tenaga dan air, seterusnya melahirkan komuniti hijau untuk merealisas­ikan komitmen kerajaan mengurangk­an sebanyak 45 peratus jejak karbon menjelang 2030,” katanya.

 ??  ?? MAXIMUS (tengah) bergambar bersama kontinjen negeri Terengganu di Kuala Lumpur Convention Centre.
MAXIMUS (tengah) bergambar bersama kontinjen negeri Terengganu di Kuala Lumpur Convention Centre.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia