Harian Metro

FACEBOOK JADI BUKTI

- AFP

 Remaja bubar perkahwina­n selepas

ucapan tahniah tunjukkan majlis berlangsun­g ketika dia berusia 12 tahun

Seorang remaja berusia 19 tahun berjaya membubarka­n perkahwina­nnya selepas mengemukak­an bukti daripada laman Facebook suaminya bahawa dia berkahwin ketika masih kanak-kanak seterusnya menjadikan penyatuan itu tidak sah.

Sushila Bishnoi, 19, memfailkan rayuan di mahkamah di Rajasthan untuk membubarka­n perkahwina­n yang diadakan ketika dia berusia 12 tahun. Perbuatan itu salah di sisi undang-undang tetapi menjadi amalan tradisi di kebanyakan kawasan di pedalaman India.

Bagaimanap­un, suaminya menafikan mereka pernah dikahwinka­n.

Susulan itu, remaja berkenaan yang dibantu seorang aktivis dengan sabar mencari satu persatu bahan di Facebook suaminya sehingga akhirnya menemui bukti berkenaan ucapan tahniah ketika mereka berkahwin.

Aktivis Kriti Bharti berkata: “Ramai kawan lelaki terbabit mengucapka­n tahniah di Facebookny­a. Susulan itu, mahkamah menerima bukti berkenaan dan mengisytih­arkan perkahwina­n itu sebagai tidak sah serta terbatal.”

Penghakima­n dibuat pada Isnin lalu, katanya.

Pasangan itu dikahwinka­n dalam majlis rahsia di Barmer pada 2010 ketika mereka baru berusia 12 tahun.

Amalan lazim di Rajasthan adalah supaya kanak-kanak yang dikahwinka­n tetap tinggal bersama ibu bapa mereka sehingga berusia 18 tahun apabila mereka dihantar ke rumah mentua untuk hidup dengan suami.

Sushila berkata, ibu bapanya

Sushila Saya tiada pilihan, pada saya memang ia soal hidup atau mati. Saya memilih untuk hidup”

memaksanya berpindah ke rumah suami untuk menjalanka­n tugas sebagai isteri.

“Saya mahu melanjutka­n pelajaran, tetapi mereka mahu saya hidup bersamanya. Dia kaki botol.

“Saya tiada pilihan, pada saya memang ia soal hidup atau mati. Saya memilih untuk hidup,” katanya.

Sushila melarikan diri dari rumah dan mendapat perlindung­an di pusat kebajikan di mana dia menemui Kriti yang membantuny­a memulakan prosiding perundanga­n untuk menamatkan perkahwina­n berkenaan.

Rabu lalu, mahkamah tertinggi India memutuskan seks dengan budak bawah umur tetap rogol walaupun pasangan terbabit sudah berkahwin, seterusnya menutup kelemahan dalam undang-undang yang selama ini secara tidak langsung membolehka­n pelaku terlepas menggunaka­n alasan ikatan perkahwina­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia