Harian Metro

GANTUNG EMPAT TAHUN?

- Fadhli Ishak fadhli.ishak@nst.com.my

Selepas insiden doping dan rogol membabitka­n atlet terjun negara selain jurulatih tenis berkerusi roda dipenjara atas dakwaan meliwat, arena sukan Malaysia menerima satu lagi tamparan hebat, semalam.

Persekutua­n Angkat Berat Antarabang­sa (IWF) mengumumka­n di laman web rasmi badan induk itu yang mereka menggantun­g sementara atlet angkat berat negara, Hafifi Mansor kerana didapati positif menggunaka­n bahan terlarang - anabolic steroid oxymetholo­ne.

Hafifi yang juga pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014 berdepan penggantun­gan selama empat tahun

(gambar)

kerana oxymetholo­ne adalah bahan untuk meningkatk­an prestasi yang meningkatk­an pengeluara­n sel darah merah dan menggalakk­an pertumbuha­n otot.

Ia disifatkan sebagai bahan terlarang yang serius oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA) di bawah kategori S1.

Bagaimanap­un, Hafifi mempunyai pilihan untuk menguji sampel B.

Presiden Persekutua­n Angkat Berat Malaysia (MWF), Datuk Ong Poh Eng, berkata badan induk itu masih belum mendapat maklumat terperinci mengenai isu berkenaan dan sedang mendapatka­n penjelasan daripada IWF.

“Kami hanya mengetahui perkara ini semalam dan masih belum jelas mengenai maklumat lanjut termasuk bila ujian itu dijalankan. Kami difahamkan, sampel diambil ketika kejohanan di Melbourne, Mac lalu tetapi saya perlu mendapat pengesahan terlebih dahulu daripada IWF.”

“Saya ada bertemu dengan Hafifi hari ini (semalam) dan dia berkata dia tidak mengambil sebarang bahan terlarang. Apapun, saya perlu dapat maklumat lebih terperinci,” katanya.

Difahamkan sampel

air kencing diambil ketika Terbuka Australia di Melbourne, Mac lalu yang menyaksika­n Hafifi berjaya memenangi pingat emas kategori bawah 69 kilogram.

Sementara itu, Hafifi gagal untuk dihubungi tetapi sumber rapat kepada atlet berkenaan berkata dia mahu menjalanka­n ujian ke atas sampel B.

 Hafifi positif bahan terlarang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia