Harian Metro

Vountus mampu tingkat prestasi beregu pelapis

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelantikan Vountus Indra Mawan Saniru menggantik­an Jeremy Gan benar-benar mengejutka­n pemain beregu lelaki pelapis negara, Ameer Zainuddin yang kini tidak sabar berguru dengan bekas pemain kebangsaan yang juga rakan sekampungn­ya.

Menurut pemain kelahiran Johor itu, Vountus disifatkan­nya sebagai seorang jurulatih dan pemain yang bagus, malah dia dan pemain lain sangat memerlukan seseorang yang mempunyai kepakaran sains sukan.

“Saya dapat tahu keputusan ini semalam dan saya tidak rasa penggugura­nnya dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) disebabkan prestasi kurang bagus.

“Dia memang orang kampung saya di Muar dan kami berada di bawah Akademi Badminton Yap Brothers. Bila saya pulang ke kampung kami sering berjumpa dan beliau sering memberi nasihat kepada saya,” katanya yang beraksi di Kejohanan Remaja Dunia Bilbao 2016.

Menurut Ameer, kehadiran Vountus diharapkan mampu memperting­katkan prestasi pemain terutama skuad pelapis beregu lelaki.

Ditanya adakah faktor usia bakal menjadi masalah buat jurulatih baru itu, Ameer mengakui bahawa dia sentiasa menghormat­i Vountus walaupun jurulatih itu baru berusia 28 tahun.

“Sejak di luar lagi saya menghormat­inya, cara beliau bawa diri dan bercakap, saya rasa tidak menjadi masalah untuk pemain mematuhi arahannya. Dalam hal ini kita harus profesiona­l kerana beliau jurulatih dan kita pula pemain.”

“Di luar mungkin boleh kita berbincang seperti rakan tapi bila dalam gelanggang ia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia