Harian Metro

J ATAS KERTAS KLOPP MENANG

- Reuters

London

uergen Klopp boleh memanfaatk­an apa yang segelintir pengurus lain tidak miliki apabila Liverpool bertemu Manchester United, malam ini iaitu rekod kemenangan lebih baik ke atas Jose Mourinho.

Selain Pep Guardiola yang menang lapan dan tewas empat pertemuann­ya dengan Mourinho ketika melatih Barcelona, Bayern Munich dan kini Manchester City, pengurus dari Portugal itu terbukti menjadi duri dalam daging bagi kebanyakan pencabarny­a.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memerlukan 13 tahun sebelum menikmati kemenangan pertamanya dalam kempen Liga Perdana Inggeris ke atas Mourinho iaitu pada cubaan ke-13.

Sejak mengendali­kan Borussia Dortmund di

Jerman, Klopp sudah tujuh kali bertemu Mourinho yang ketika itu membimbing Real Madrid.

Begitupun, hanya satu kekalahan dicatatkan, tetapi ia turut menyakitka­n Mourinho apabila Dortmund berjaya menyingkir­kan Real daripada kempen Liga Juara-Juara di peringkat suku akhir dengan kekalahan 3-4 secara agregat.

Sepanjang tempoh itu, Klopp meraih tiga kemenangan selain dua keputusan seri dalam kempen Liga Perdana Inggeris musim lalu yang menjadi musim pertama Mourinho di Old Trafford bagi menggantik­an Louis van Gaal.

Bos Liverpool itu jelas menikmati rekod baiknya menentang Mourinho di atas padang dan ketika kedua-duanya saling hormat menghormat­i, pertembung­an di Anfield dijangka berlangsun­g panas.

Ketika keputusan seri di Old Trafford pada Januari lalu, kedua-dua pengurus bertegang leher di kawasan teknikal dengan Mourinho berkata, Klopp lebih memberi tumpuan terhadap lambaian tangannya berbanding mengendali pasukan.

Klopp membalasny­a dengan mengkritik taktik ‘hantaran jauh’ United.

Sejak Mourinho dilantik sebagai pengurus United, dia sudah mengumpul keseluruha­n 88 mata, jumlah yang sama dimiliki Klopp dalam tempoh yang sama.

Begitupun, Mourinho sudah pun menjulang dua trofi utama dalam kabinetnya - Piala Liga dan Liga Europa - ketika Klopp masih menantikan kejuaraan sulungnya. Mourinho berkata, dia teruja dengan satu lagi pertembung­an dengan kelab di mana dia menjulang trofi Inggeris pertama apabila Chelsea menewaskan Liverpool pada final Piala Liga

 Pengurus Liverpool catat rekod kemenangan

lebih baik ke atas Mourinho

 ??  ?? MOURINHO
KLOPP
MOURINHO KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia