Harian Metro

Conte pening tanpa Kante

-

2005 dan juga kelab yang memberikan­nya dua kekalahan di separuh akhir Liga Juara-Juara.

“Saya memperoleh beberapa ketika yang hebat di Anfield dan saya juga mendapat beberapa ketika yang teruk,” kata Mourinho.

“Mereka memperoleh kegembiraa­n menentang saya, tetapi mereka juga memperoleh masa yang menyedihka­n bertemu saya.

“(Kini) jika mereka menghormat­i saya sebanyak mana saya menghormat­i mereka, kita akan menikmati satu lagi perlawanan seperti itu,” katanya. London: Antonio Conte perlu memikirkan bagaimana untuk mengatasi ketiadaan bintang tengah, N’Golo Kante ketika Chelsea berusaha memulihkan kembali pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Crystal Palace, malam ini.

Conte menutup aksi sebelum rehat antarabang­sa dengan keputusan mengecewak­an apabila tewas di laman sendiri kepada Manchester City, sekali gus jatuh ke tangga keempat liga, ketinggala­n enam mata di belakang pendahulu.

Penyandang juara itu kini berdepan satu lagi situasi mengecewak­an apabila Kante mengalami kecederaan hamstring ketika bersama Perancis.

Kante, 26, terpaksa dipapah keluar ketika kemenangan 1-0 ke atas Bulgaria dan sebaik kembali ke Stamford Bridge dan diuji oleh doktor kelab, dia kini berkemungk­inan terpaksa disisihkan selama sebulan.

Ketika Conte yakin skuad bimbingann­ya tidak bermasalah untuk menewaskan Palace yang menghuni tangga tercorot, ketiadaan Kante yang beraksi baik sepanjang kempen setakat ini dijangka menyukarka­n kelab dari London terutama berdepan aksi Eropah.

Conte juga dijangka kehilangan penyerang Alvaro Morata yang mengalami kecederaan hamstring ketika tewas kepada City dan sekali pun tidak begitu serius, dia berkemungk­inan tidak akan diturunkan di Selhurst Park.

Pengurus dari Itali itu dipercayai berang dengan kegagalan kelab untuk membawa masuk beberapa pemain ketika jendela perpindaha­n dan keputusann­ya untuk menggantik­an Morata dengan pemain tengah Willian meningkatk­an lagi spekulasi itu.

Satu-satunya penyerang senior yang masih ada ialah Michy Batshuayi tetapi Conte turut menyatakan kemungkina­n untuk menyenarai­kan Eden Hazard sebagai penyerang.

Hazard tampil kali pertama dalam kesebelasa­n utama menentang City dan penyerang Belgium itu memberi amaran ia mungkin akan mengambil sedikit masa untuknya mengatasi kesan akibat kecederaan jangka panjang yang dialaminya.

“Saya merindui bola sepak selama tiga bulan dan tidak mudah untuk saya kembali selepas kecederaan yang besar tetapi saya melakukann­ya,” kata Hazard.

“Saya bersenam ketika musim panas. Saya hanya mahu bermain bola sepak. Saya akan terlepas beberapa perlawanan, saya akan bermain dengan buruk untuk beberapa perlawanan.

“Saya hanya mahu bermain bola sepak dan cuba untuk memberikan yang terbaik.” - AFP

 ??  ?? CONTE perlu perkasa jentera tengah Chelsea tanpa Kante (kanan).
MORATA
CONTE perlu perkasa jentera tengah Chelsea tanpa Kante (kanan). MORATA
 ?? Juergen Klopp ?? Mereka memperoleh kegembiraa­n menentang saya, tetapi mereka juga memperoleh masa yang menyedihka­n bertemu saya”
Juergen Klopp Mereka memperoleh kegembiraa­n menentang saya, tetapi mereka juga memperoleh masa yang menyedihka­n bertemu saya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia