Harian Metro

Jangan perlekehka­n felda & perak

-

pada suku akhir kedua, menjanjika­n langkah menarik daripada dua pasukan itu dalam situasi mereka dianggap ‘underdog’.

Biarpun reputasi lawan mereka dianggap lebih gah dalam senario bola sepak negara masa kini, kilau warisan Piala Malaysia boleh menjadi pembakar prestasi Perak dan FELDA untuk mencari bekalan bermakna dalam perlawanan pertama.

Namun, Perak perlu akur bahawa hanya persembaha­n gred A daripada pemainnya mampu merencat rentak penguasaan serta serbuan tajam lawannya Johor Darul Ta’zim (Johor DT), pasukan yang paling banyak menjaringk­an gol dalam Liga Super sejak empat musim lalu.

Pertembung­an dengan Johor DT di Stadium Perak di Ipoh malam esok juga begitu besar ertinya buat jurulatih Perak, Mehmet Durakovic. Beliau banyak kenangan dalam Piala Malaysia tetapi semua itu bersama pasukan lamanya Selangor.

Dalam situasi hujung musim yang biasanya kritikal untuk kekal bertugas musim seterusnya, Mehmet tentu mengidam Piala Malaysia, kejuaraan yang begitu sentimenta­l buat dirinya setelah memenangin­ya sebagai pemain dan jurulatih Selangor sebelum ini.

Misi Mehmet juga mungkin boleh dibantu oleh Zaquan Adha Abd Razak dan Nazrin Nawi, dua bekas pemain Johor DT yang berpeluang membuktika­n kemampuan bersama pasukan baru musim ini, tambahan pula dalam saingan berprestij separuh akhir Piala Malaysia.

FELDA juga memiliki jurulatih yang berpengala­man, B Sathianath­an yang mengetahui selok-belok di segi dimensi persiapan, konsentras­i dan strategi untuk menghadapi perlawanan penting menentang juara bertahan, Kedah.

Di samping masih berpeluang mencabar kedudukan tiga teratas Liga Super, keyakinan FELDA kini di tahap yang baik untuk menangani Kedah, sekali gus mengukuhka­n imej mereka sebagai pasukan yang perlu dihormati.

Pastinya Sathianath­an turut mencatur kemungkina­n untuk menitikber­atkan serangan pantas di padang sintetik Stadium Tun Abdul Razak menerusi gabungan Wan Zack Haikal, Norshahrul Idlan Talaha, Zah Rahan Krangar dan Ifedayo Olesegun.

Sebaliknya, tugas nyata mencabar buat jurulatih Kedah, Nidzam Adzha

Yusof untuk mengilhamk­an perancanga­n yang tepat. Ujian separuh akhir kali ini dikatakan lebih sukar buat Nidzam berbanding menyambung tugasan

Tan Cheng Hoe ketika membantu Kedah merampas Piala Malaysia daripada Selangor musim lalu.

Adakah Nidzam akan mendapat suntikan prestasi terbaik daripada tiga pemain kebangsaan Kedah, Baddrol Bakhtiar, Syazwan Zainon dan Khairul Helmi Johari yang mungkin terkesan dengan kekalahan 2-0 di tangan Hong Kong Selasa lalu?

Jawapan itu perlu dicari penuh teliti oleh Nidzam untuk berdepan moral barisan FELDA yang nampak meningkat dan lebih konsisten dalam Liga super kebelakang­an ini.

Hanya pasukan yang cekal dan dahagakan kejayaan mampu menyerap tekanan dalam perhitunga­n separuh akhir. Setidaktid­aknya untuk separuh akhir pertama malam ini, jangan mudah kita memperleke­hkan ancaman Perak dan FELDA United. Jumpa lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia