Harian Metro

SIAPA MUSANG DALAM FAM?

-

Spy Bola agak terkejut apabila Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih sinonim dengan panggilan TMJ (Tengku Mahkota Johor) mendedahka­n ada konspirasi dalaman yang cuba menyingkir­kan beliau daripada jawatannya.

Ini sebenarnya satu dakwaan yang serius. Spy Bola yakin pendedahan itu bukan sekadar cerita rekaan daripada TMJ. Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang!.

Malah jika benar ada usaha dari orang dalam FAM sendiri yang mahu mengkhiana­ti TMJ, individu ini bolehlah dianggap sebagai ‘musang berbulu ayam’ atau ‘gunting dalam lipatan’.

Ramai yang bertanya Spy Bola siapakah ‘musang’ yang dimaksudka­n? Malah ada yang sudah berteka-teki menuding jari kepada si polan dan si polan. Mereka mengukuhka­n pula hujah dengan perkembang­an terkini yang berlaku dalam FAM baru-baru ini.

Spy Bola tidak berminat untuk mendedahka­n siapakah yang dimaksudka­n oleh

TMJ kerana ia sekadar mengeruhka­n keadaan. Cuma bagi Spy Bola orang sebegini memang berbahaya jika dibiarkan terus berada dalam FAM. Dia bakal membawa kemusnahan kepada bola sepak kita yang cuba dibangunka­n semula oleh TMJ.

Nasihat Spy Bola kepada individu berkenaan, kalau mahu berpolitik carilah gelanggang politik sebenar. Janganlah jadikan bola sepak kuda tunggangan untuk meraih populariti dan sokongan dalam politik. Terus terang penyokong sudah letih dengan perangai sebegini.

 ??  ?? Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ)
Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia