Harian Metro

Perintah berkurung ESSZONE dilanjut

-

Polis Sabah melanjutka­n perintah berkurung di tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) bagi fasa ke-75 bermula hari ini hingga 29 Oktober ini.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, lanjutan itu berikutan fasa perintah berkurung sebelum ini tamat pada jam 6 petang semalam.

Beliau berkata, lanjutan itu bertujuan memastikan tahap keselamata­n di perairan negeri ini terus selamat.

Menurutnya, ia juga bagi memastikan kawasan perairan negara tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamata­n penyelidik antarabang­sa yang menjalanka­n penyelidik­an di pulau dan pantai timur Sabah.

“Sehingga kini, kami menerima maklumat kumpulan penculik untuk wang tebusan (KFR) dan militan Abu Sayyaf masih mencuba melakukan penculikan serta jenayah rentas sempadan di perairan negeri ini,” katanya, semalam.

Perintah berkurung itu mula diperkenal­kan pada 19 Julai 2014 dan meliputi jarak tiga batu nautika dari pantai di tujuh daerah di ESSZONE.

Ia meliputi Tawau, Kunak, Lahad Datu, Semporna, Beluran, Sandakan dan Kinabatang­an.

Ramli berkata, pihaknya memberikan kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di kawasan ESSZONE bagi mengeluark­an permit pengecuali­an di kawasan masing-masing sepanjang pelaksanaa­n perintah berkurung.

“Ia bagi semua pemohon yang memenuhi syarat bagi aktiviti perikanan atau laluan menerusi kawasan perintah berkurung untuk keperluan mendesak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia