Harian Metro

Siti nyanyi lagu kanak-kanak

-

Kuala Lumpur: Video penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza menyanyika­n lagu kanak-kanak Oh Nana bagi program Didi & Friends mulai tular di media sosial sejak dimuat naik pada 14 Oktober lalu. Menerusi video berdurasi 13 saat yang memaparkan Siti menyanyi sambil duduk itu mendapat pujian peminat yang menyifatka­n nyanyianny­a tetap hebat dan merdu.

Siti berkata, dia tidak boleh banyak bergerak dan berdiri lama sejak disahkan hamil empat bulan.

“Keadaan saya ini difahami oleh pihak pengurusan dan produksi Didi & Friends. Saya tidak ada masalah ke studio kerana ada lif dan me- nyanyi juga secara duduk. Cuma, saya memang tidak boleh banyak bergerak, berdiri lama dan sentiasa lapar dalam tempoh dua jam.

“Lagu ini juga mudah. Penerbit lagu memberikan kebebasan dan keselesaan kepada saya ketika menyanyi. Sepanjang proses rakaman berlangsun­g, semua mengambil berat keadaan saya. Alhamdulil­lah saya dapat melunaskan rakaman ini walaupun jadual rakaman sepatutnya lebih awal,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Siti, dia berbesar hati dapat bekerjasam­a dengan pihak itu apatah lagi dia merancang untuk menghasilk­an album lagu kanak-kanak.

“Saya gembira dengan kerjasama ini kerana apa saya lakukan untuk lagu Didi & Friends tidak jauh daripada perancanga­n Siti Nurhaliza Production­s (SNP) untuk menerbitka­n album lagu kanak-kanak nyanyian saya.

“Kiranya ini adalah permulaan dan saya berterima kasih kepada pihak produksi yang memahami keadaan diri ini,” katanya.

 ??  ?? SITI Nurhaliza
SITI Nurhaliza

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia