Harian Metro

Atuk lasak

 Warga emas aktif pengakap diiktiraf jurulatih antarabang­sa

- Noor Azurin Mohd Sharif am@hmetro.com.my

Biarpun sudah bergelar atok, semangat ahli pengakap masih menebal dalam jiwa Mohd Sharif Kamardin, 76, malah pada usia emas, dia aktif dalam aktiviti anjuran persatuan itu termasuk perkhemaha­n tahunan.

Pesara guru itu mula menyertai persatuan pengakap ketika di sekolah rendah. Selepas bergelar pendidik, dia semakin aktif terutama dalam melahirkan lebih ramai ahli pengakap berdisipli­n dan mampu berdikari.

Dia yang mesra dengan panggilan Paklong berkata, pembabitan­nya dalam persatuan pengakap sejak 50 tahun lalu secara tidak langsung membuktika­n kesetiaann­ya terhadap pasukan beruniform itu.

Bagi diri Penolong Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Melaka itu, semangat dan kecintaan terhadap pengakap tidak pernah padam malah mood pengakap itu sudah sebati dengannya.

Setakat ini, Mohd Sharif menyimpan lebih 100 sijil penghargaa­n dan penyertaan pelbagai program pengakap. Lebih membanggak­an dia turut mengumpul ratusan lencana dan skarf jambori pengakap pelbagai negara dibawa pulang setiap kali menyertai perkhemaha­n antarabang­sa.

“Semuanya saya simpan sebagai kenangan sebab bukan mudah untuk dapatkan semua itu. Orang boleh kata barangan berkenaan tidak berfaedah tapi tidak bagi saya. Kalau boleh rumah pun saya nak hias dengan tema pengakap.

“Masuk pengakap ni bukan sebab semata-mata untuk kumpul lencana tetapi ia juga dapat membentuk disiplin seseorang dan sebagai ahli pengakap kita dituntut agar mengasihi ibu bapa, pemimpin dan sabar dalam apa juga situasi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Ayer Keroh, semalam.

Sepanjang pembabitan­nya dalam pengakap, Mohd Sharif menerima penghargaa­n daripada Persekutua­n Pengakap Malaysia dengan dianugerah­kan lima pingat selain diiktiraf sebagai jurulatih pengakap antarabang­sa.

“Sekali lagi saya berbesar hati dengan penghargaa­n itu. Antara pingat berkenaan ialah Perkhidmat­an Baik, Perkhidmat­an Lama, Anugerah Presiden, Jasa Pengakap dan terbaharu pingat khas Pengakap 100 Tahun Selangor.

“Semua penganuger­ahan yang diterima menjadi pembakar semangat saya untuk terus berhidmat dalam persatuan ini. Memang jiwa saya bersama pengakap sampai bila-bila dan saya berasa puas melakukan semua ini,” katanya.

 ??  ?? MOHD Sharif bersama pingatnya.
MOHD Sharif bersama pingatnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia