Harian Metro

43 askar maut serangan pangkalan

-

Kabul: Sekurang-kurangnya 43 askar terbunuh dalam serangan berani mati oleh Taliban di pangkalan tentera di selatan Afghanista­n, semalam, serangan ketiga seumpamany­a membabitka­n premis keselamata­n minggu ini.

Cuma dua askar dipercayai terselamat dalam serangan di pangkalan yang terletak di Chashmo, Maiwand, wilayah Kandahar, kata kementeria­n pertahanan dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sembilan askar cedera dan enam masih belum ditemui.

Jurucakap kementeria­n, Dawlat Waziri berkata, penyerang meletupkan sekurang-kurangnya satu Humvee diisi letupan sebelum membakar lokasi itu dalam serangan dilancarka­n pada waktu Subuh.

“Kami percaya mereka menggunaka­n Humvee berisi letupan untuk meletupkan pintu pagar ke pangkalan berkenaan dan kini menyiasat sama ada mereka menggunaka­n lebih daripada satu kenderaan.

“Malangnya, tiada apa yang ditinggalk­an di dalam kem berkenaan. Mereka membakar segala-galanya,” katanya.

Taliban mengakui melaksanak­an serangan itu dalam pesanan kepada wartawan yang mendakwa semua 60 anggota keselamata­n di lokasi itu terbunuh. Sepuluh anggotanya dipercayai turut mati dalam kejadian itu.

Ia serangan berani mati ketiga membabitka­n letupan dan penembak terhadap lokasi keselamata­n minggu ini dengan jumlah kematian keseluruha­n lebih 120 orang, merangkumi polis, askar serta orang awam.

Serangan menggunaka­n kaedah sama iaitu Humvee dipenuhi letupan yang digunakan untuk merempuh masuk ke tempat disasarkan.

Selasa lalu, dua serangan di tenggara Afghanista­n membunuh 80 orang dan mencederak­an hampir 300 yang lain. Serangan paling teruk dilaksanak­an di pekarangan polis di Gardez, wilayah Paktia apabila militan menyamar sebagai polis meletupkan tiga kenderaan diisi letupan sebelum 11 lelaki bersenjata merempuh masuk.

Sekurang-kurangnya 60 orang termasuk Ketua Polis Paktia Toryalai Abdyani dan orang awam yang menunggu mengambil dokumen terbunuh manakala 230 yang lain cedera. Serangan kedai di Ghazni membunuh 20 orang, manakala 46 cedera. - AFP

 ??  ?? TENTERA Afghanista­n memeriksa orang ramai di sebuah pos kawalan di lebuh raya menuju ke Kandahar, di mana 43 askar terbunuh, semalam. - EPA
TENTERA Afghanista­n memeriksa orang ramai di sebuah pos kawalan di lebuh raya menuju ke Kandahar, di mana 43 askar terbunuh, semalam. - EPA
 ??  ?? LELAKI Libya menyertai pertunjuka­n kuda Fantasia di Hutan Jadim, Zawiyah. - AFP
LELAKI Libya menyertai pertunjuka­n kuda Fantasia di Hutan Jadim, Zawiyah. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia