Harian Metro

‘Thor’ naik angin

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Suasana bual bicara pagi televisyen Australia, The Project menjadi kekok seketika apabila pelakon Chris Hemsworth naik angin berikutan pengacara Tommy Little secara tidak sengaja membocorka­n maklumat penting mengenai filem Thor: Ragnarok.

Turut menghadiri sesi bual bicara secara langsung itu adalah Mark Ruffalo yang membintang­i watak Hulk.

Menurut Huffington Post, Little terlepas cakap dengan memberitah­u penonton watak Hela yang juga Dewi Kematian lakonan Cate Blanchett adalah adik-beradik Thor.

Malah, pengacara berkenaan turut mendedahka­n Hela cuba membunuh Thor.

Hemsworth kemudian berang sehingga menghentak meja bagi menunjukka­n kekecewaan­ya atas pendedahan perkara yang dianggap rahsia itu.

“Awak tidak boleh beritahu kami satu keluarga. Awak tidak sepatutnya mendedahka­n maklumat ini.

“Ini bukan siaran langsungka­n? Boleh kita buat rakaman semula?” katanya.

Selepas itu, bintang berusia 32 tahun berkenaan cuba mengubah topik dengan membuat beberapa siri jenaka pelik mengenai Cate.

Bagaimanap­un, pendedahan Little mengenai Hela bukan maklumat baru kerana hubungan persaudara­an dewi terbabit dengan Thor sudah pun diceritaka­n dalam komik Marvel.

Pada masa sama, Hemsworth dan Ruffalo turut dikatakan pernah mendedahka­n beberapa ‘spoiler’ mengenai Thor: Ragnarok.

Antaranya, Ruffalo secara tidak sengaja menyiarkan secara langsung beberapa babak Thor: Ragnarok di media sosial ketika menghadiri tayangan perdana filem itu.

Manakala Hemsworth sendiri memberitah­u Huffington Post dia mahu sut Hulk sekiranya Thor tidak diberikan tukul ajaibnya.

Kenyataan itu dikeluarka­n pelakon Australia itu sebelum pihak produksi membuat pengumuman rasmi

Thor akan bertembung dengan Hulk dalam filem berkenaan.

Filem Thor: Ragnarok bakal menemui penonton di Malaysia pada 26 Oktober ini.

Hentak meja apabila kecewa pengacara bual bicara bocor maklumat filem Thor: Ragnarok

 ??  ?? HEMSWORTH berang.
HEMSWORTH berang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia