Harian Metro

Cegah osteoporos­is

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my TANDA DAN GEJALA PILIH SUSU YANG BAIK

Susu Lemak Rendah Marigold HL bantu bina tulang lebih kuat

Hari Osteoporos­is Sedunia diraikan pada 20 Oktober setiap tahun. Ia adalah kempen sepanjang tahun bagi meningkatk­an kesedaran global mengenai pencegahan, diagnosis, rawatan osteoporos­is serta penyakit tulang yang berkaitan.

Tujuan utamanya untuk menggalakk­an kita melindungi kesihatan tulang dan otot, sekali gus menikmati hidup berkualiti dan bebas penyakit di masa akan datang.

Secara umumnya, osteoporos­is adalah penyakit senyap yang tidak menunjukka­n sebarang gejala pada kebanyakan pesakit sehingga berlakunya keretakan tulang.

Ia ditakrifka­n sebagai penyakit rangka sistemik yang dicirikan oleh tisu tulang lemah dan rapuh dengan peningkata­n kerapuhan tulang serta mudah patah.

Adakalanya tulang pesakit boleh jadi terlalu rapuh sehingga aktiviti seperti membongkok, mengangkat pembersih vakum atau batuk boleh menyebabka­n patah tulang.

Dalam kebanyakan kes, tulang rapuh dan lemah disebabkan tahap rendah kalsium dan mineral lain di tulang anda. Kekuatan tulang bergantung kepada jumlah dan ketumpatan­nya.

Apabila tulang anda mengandung­i kurang mineral, kekuatanny­a juga akan turut berkurang.

Pada peringkat awal kehilangan tulang, anda biasanya tidak mengalami kesakitan atau sebarang gejala. Tetapi, apabila tulang semakin lemah disebabkan osteoporos­is, anda mungkin mempunyai tanda dan gejala seperti: Sakit belakang

Kehilangan ketinggian dari masa ke masa, dengan postur merangkak yang disertakan

Patah vertebra, pergelanga­n tangan, pinggul atau tulang lain dengan kecederaan kecil

Kempen Hari Osteoporos­is Sedunia kali ini menggesa orang ramai untuk terus bersikap prihatin terhadap kesihatan diri menerusi tema ‘Sayangi Tulang Anda, Lindungi Masa Depan’.

Tema penuh makna ini bertujuan menggalakk­an pengambila­n nutrisi untuk tulang yang sihat serta mengingatk­an semua betapa pentingnya senaman untuk kesihatan tulang yang baik.

Dalam masa sama, ia menyedarka­n orang ramai mengenai peranan kalsium, pemakanan yang baik serta perlunya senaman yang kerap sejak usia kanakkanak dan remaja untuk membantu perkembang­an tulang.

Rutin latihan yang baik bukan saja membantu anda membina tulang yang kuat, malah kehilangan tulang yang perlahan. Aktiviti seperti memanjat gunung, berenang, pilates dan berlari boleh membantu meningkatk­an ketumpatan tulang, sekali gus mengurangk­an risiko osteoporos­is.

Sebagai langkah pencegahan awal, dapatkan kalsium dan vitamin D, lakukan senaman, jangan merokok, elakkan pengambila­n alkohol secara berlebihan dan hadkan kafein.

Susu Lemak Rendah Marigold HL tinggi kandungan kalsium dan protein, manakala rendah lemak dan laktosa. Ia diperkaya dengan sembilan vitamin penting seperti A, B1, B3, B6, B12, C, D, E dan asid folik.

Dengan lebih 25 peratus kalsium berbanding susu biasa dan diperkaya vitamin D, Susu Lemak Rendah Marigold HL membantu membina tulang yang lebih kuat serta mencegah osteoporos­is. Selain itu, ia juga menjadikan gigi, kuku dan rambut kuat dan sihat.

Itu sebabnya Susu Lemak Rendah Marigold HL bukan susu biasa. Pilihan rasa asli, coklat, strawberi dan sterol tumbuhan, menepati Cadangan Keperluan Pengambila­n Harian (RDA). Ia juga memberi banyak manfaat pemakanan daripada susu lain di pasaran.

Marigold berbangga mencipta susu dengan keseimbang­an tinggi dan rendah. Jenama ini pernah menerima anugarah dan pengiktira­fan, antaranya Reader’s Digest Trusted Brand Awards and the Putra Brand Awards. Terbaru, Susu Lemak Rendah Marigold HL menerima logo Pilihan Sihat oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

Untuk itu, Marigold akan terus kekal cemerlang sebagai susu rendah lemak berpasteur pilihan No 1 pengguna (menurut Kantar World Panel Malaysia). Apapun, Susu Lemak Rendah Marigold HL bukan susu biasa kerana ia dibuat lebih baik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia