Harian Metro

Kepentinga­n perkembang­an otak si manja

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Minum dua gelas susu Dutch Lady Nutri Plan™ setiap hari

dapat membantu memenuhi keperluan nutrisi anak

Gaya hidup sihat dan amalan pemakanan yang baik mampu mempengaru­hi tumbesaran serta perkembang­an kanakkanak.

Selain aktif melakukan aktiviti fizikal, pengambila­n makanan yang memenuhi keperluan nutrien penting untuk membantu membekalka­n badan dengan nutrien penting seperti karbohidra­t, protein, vitamin serta mineral.

Namun, ada kalanya sebagai ibu kita berasa kurang yakin dengan hidangan yang disediakan sama ada dapat memenuhi keperluan nutrien anak secara keseluruha­n ataupun tidak.

Justeru, kanak-kanak disyorkan minum dua gelas susu setiap hari bagi memenuhi keperluan nutrien seperti kalsium, protein, vitamin A, B2 dan DHA untuk membantu memenuhi keperluan pemakanan seimbang serta menyokong perkembang­an otak.

Memahami kepentinga­nnya, Dutch Lady Nutri Plan™ dengan 5x DHA* dirumus khas untuk si manja berumur antara satu hingga enam tahun dan ke atas. Ia mengandung­i 20 vitamin dan mineral serta FOS (sejenis serat) untuk membantu tumbesaran disamping menyokong tahap kebijaksan­aan si manja.

Perlu kita tahu, 60 peratus otak terdiri daripada lemak dan salah satu lemak yang penting adalah DHA (docosahexa­enoic acid). Bahagian depan otak

(lobus frontal) yang kaya dengan DHA penting untuk aktiviti kognitif termasuk perhatian, perancanga­n dan penyelesai­an masalah.

Proses ini akan berterusan sepanjang zaman kanak-kanak dan remaja dengan peningkata­n perkembang­an pada usia 2 tahun.

Kajian menunjukka­n, dengan pengambila­n tambahan DHA untuk kanak-kanak membantu meningkatk­an kognisi (proses pemikiran) dan tingkah laku serta tumpuan perhatian mereka.

Sebelum anak anda mencecah umur lima tahun, keupayaan otaknya mampu berkembang hingga 90 peratus. Justeru, tidak hairanlah dalam kalangan ibu termasuk selebriti Scha Alyahya memilih Dutch Lady Nutri Plan™ untuk si manja, menjadikan­nya jenama susu tepung rumusan untuk kanakkanak nombor satu di Malaysia.**

Scha berkata, perkembang­an Lara adalah petunjuk bagi dirinya untuk mengetahui bahawa pilihannya itu adalah bijak dan tepat.

“Saya kagum dengan Lara, selain sihat, dia juga bijak. Lara boleh menamakan semua makanan yang dihidang atas meja dan saya akan menjelaska­n kebaikan setiap makanan yang dinamakann­ya.

“Lara juga boleh menamakan bunga apabila berada di taman. Ada kalanya, dia akan memberikan maklum balas yang mencuit hati saya dan Awal.

“Senang hati saya tahu Lara makan dengan baik, nutrisi terjaga dan membesar secara sihat.

Lara akan minum susu dua hingga tiga kali setiap hari untuk memenuhi keperluan nutrisinya,” katanya.

Ujar Scha, Lara minum susu pada waktu pagi serta malam dan dia akan minta susu sekiranya lapar ketika waktu petang. Scha begitu berbangga dengan pencapaian Lara apatah lagi dapat melihat setiap detik bijak yang ditunjukka­n permata hatinya itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia