Harian Metro

Baca Rukun Negara

 Pelajar hantar komen jelek terhadap Sultan Perak didenda RM5,000

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@hmetro.com.my

Padah menghina Sultan Perak dalam akaun Twitter, seorang pelajar tingkatan enam sebuah sekolah di Muar, Johor, didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan jika sekiranya gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret, semalam.

Tertuduh, berusia 18 tahun mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Hafiza Jaafar.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunaka­n aplikasi Twitter secara sedar membuat dan memulakan penghantar­an komen jelek di laman web http://mobile.twitter.com/ farhaleigh dengan niat menyakitka­n hati orang lain.

Perbuatan itu didakwa dilakukann­ya di Bandar Baru Medan Ipoh, Ipoh, pada jam 10.30 malam, pada 13 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(A), Akta Komunikasi Multimedia 1988 (Akta 588) yang boleh dihukum mengikut seksyen sama dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Irna Julieza Maaras, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Awatif Ahmad Bashir.

Sebelum menjatuhka­n hukuman itu, Siti Hafiza bertanyaka­n kepada tertuduh sama ada menghafal Prinsip Rukun Negara dan memintanya membaca prinsip berkenaan.

Sebaik tertuduh membacakan kelima-lima prinsip itu,

Siti Hafiza mengingatk­an tertuduh supaya sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara.

“Prinsip kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, ramai masyarakat hilang tatasusila, dan kamu faham apa itu maksud tatasusila? tatasusila ialah jangan mengutuk, mengeluark­an kenyataan angkuh dan menghina supaya kita dapat hidup dalam keadaan makmur.

“Kesalahan ini boleh dipenjarak­an namun kamu masih bersekolah, hukuman setimpal tetap perlu diberikan sebagai pengajaran,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia