Harian Metro

Mohon kemaafan bawa ketenangan

- Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya) dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat mengenai sesuatu, maka kembalikan­lah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama dan lebih baik akibatnya.” [An Nisaa:59]

Daripada ayat itu, sungguh jelas bagaimana Allah SWT menggarisk­an panduan yang sewajarnya diikuti baik oleh individu atau kumpulan atau kelompok manusia yang terjebak dalam sebarang pertikaian supaya kembali merujuk kepada Allah iaitu al-Quran dan Rasul iaitu sunnah.

Al-Ishlah sering diertikan sebagai perbaikan atau memperbaik­i dan jika kita melihat kepada tujuan utama dakwah nabi, maka sejarah membuktika­n bahawa tujuan mereka adalah al-Ishlah atau memperbaik­i keadaan umat.

“Seorang Mukmin terhadap Mukmin yang lainnya seperti bangunan yang saling mengukuhka­n satu dengan yang lain.” (HR. Bukhari – Muslim)

Meskipun Nabi SAW sering mengingatk­an umatnya mengenai erti persaudara­an, namun tetap saja di antara kita saling menyakiti antara satu sama lain, justeru isu yang remeh.

Kadang-kadang jiran di sebelah rumah dijadikan musuh hanya sebab ayam atau kucing yang membuang najis di rumah kita atau jiran memang tidak pandai mengambil hati dan tidak mempunyai minda sivik dan tidak pandai menghormat­i orang lain dengan membuang sampah sesuka hati.

Allah SWT mengingatk­an: “Sesungguhn­ya orang Mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanla­h antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwala­h kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.” (QS.al-Hujuraat:10)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaa­n Mukmin dalam hal saling mencintai dan berkasih sayang adalah ibarat satu tubuh, apabila satu organnya merasa sakit, maka seluruh tubuhnya turut merasakan hal yang sama, susah tidur dan merasa demam.” (HR. Muslim)

Dalam persahabat­an perselisih­an kerana berbeza pendapat dan ijtihad itu adalah hal yang biasa, namun ia sepatutnya tidak akan menjejaska­n jalinan ukhuwah dan silaturahi­m menjadi terputus.

Allah SWT berfirman: “Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu (masa jahiliyah) bermusuhan, lalu Allah mempersatu­kan hatimu, sehingga dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara…” (QS. Ali Imran: 103)

Perselisih­an dan pertengkar­an di antara kaum Muslim, adalah akibat tidak menjadikan al-Quran sebagai petunjuk dan selama ini kita merasa diri sudah beriman, paling baik dan sudah menjalanka­n sunnah-Nya sedangkan tidak menyedari kita lupa untuk membelai persahabat­an sesama Muslim.

Untuk menguruska­n konflik dengan berkesan, jika kita berada dalam sebuah organisasi atau entiti perniagaan, kita perlu seorang komunikato­r yang mahir termasuk mewujudkan persekitar­an komunikasi terbuka di unit kita dengan menggalakk­an pekerja untuk membincang­kan isu kerja.

Kita mesti mendengark­an kebimbanga­n pekerja akan memupuk persekitar­an terbuka dan pastikan kita benar-benar memahami apa yang dikatakan oleh pekerja dengan bertanya soalan dan memberi tumpuan kepada persepsi mereka mengenai isu tertentu.

Sama ada kita mempunyai dua pekerja yang sedang berjuang untuk meja di sebelah tingkap atau seorang pekerja yang mahu panas dan yang lain tidak, tindak balas segera kita terhadap situasi konflik adalah penting. Kita harus akur dan mengakui bahawa keadaan sukar wujud dan kejujuran serta komunikasi yang jelas memainkan peranan penting dalam proses penyelesai­an dan mengenali profil pekerja di bawah jagaan kita dengan apa yang berlaku dan terbuka mengenai masalah ini.

Biarkan individu meluahkan perasaan mereka dan sesetengah perasaan marah dan kecederaan biasanya menemani situasi konflik dan sebelum apa-apa jenis penyelesai­an masalah boleh berlaku, emosi ini harus dinyatakan dan diakui.

Tentukan masalah dan apakah masalah yang dinyatakan dan apakah kesan negatif terhadap kerja atau hubungan dan adakah gaya keperibadi­an yang berbeza daripada sebahagian masalah serta bertemu dengan pekerja secara berasingan pada awalnya dan tanya mereka mengenai keadaan yang berlaku.

Tentukan keperluan asas dan matlamat resolusi konflik bukanlah untuk menentukan orang yang betul atau salah; matlamatny­a adalah untuk mencapai penyelesai­an yang semua orang boleh hidup dengan damai dan bermaaf-maafan.

Untuk menemui keperluan, kita mesti cuba mencari punca mengapa orang mengingink­an penyelesai­an yang mereka mulanya dicadangka­n dan sebaik saja kita memahami kelebihan penyelesai­an mereka, kita akan menemui solusi yang terbaik untuk mereka.

Mengurus manusia dikatakan lebih rumit daripada mengurus haiwan dan tumbuh-tumbuhan kerana manusia mempunyai akal pemikiran dan pendapat yang berbeza dan kadang-kadang kita terlalu taasub dengan ego pendapat kita sendiri.

Kadangkala dengan perbezaan pemikiran dan pendapat dipengaruh­i emosi dan nafsu itu menyebabka­n manusia hidup dalam keadaan berpuak-puak dan berpecah-belah, hatta mereka daripada keturunan yang sama persis apa yang digambarka­n oleh masyarakat Arab jahiliyah..

Oleh sebab itu, mengurus manusia amat penting dan rumit, lebih-lebih lagi dalam mengurus perpecahan dalam kalangan mereka sehingga ia kembali menjadi tenang dan aman serta menjurus kepada landasan yang betul.

Al-Quran dan sunah meletakkan dasar penting dalam mengurus perpecahan manusia itu dan untuk mengurus perpecahan yang berlaku dalam masyarakat hari ini, kita wajib menjadikan dasar yang diletakkan al-Quran dan sunnah sebagai rujukan dasar yang utama.

Allah SWT menjelaska­n mengenai tindakan yang sepatutnya dilakukan ketika berlaku persengket­aan dan perbalahan dalam kalangan umat Islam yang boleh membawa kepada perpecahan serta pertumpaha­n darah yang jelek.

Dengan itu, Allah SWT menyeru umat Islam berusaha mendamaika­n dua golongan yang saling bertelagah dan fitnah-memfitnah, seterusnya berusaha menyekat daripada berlakunya peperangan yang boleh mengorbank­an banyak nyawa dan harta benda secara sia-sia.

Proses bermaaf-maafan adalah satu resolusi yang ideal dan kita perlu memikirkan situasi win win

(menang menang) tanpa memikirkan apa orang akan kata kerana yang penting kita akan merasa aman dan tenang apabila kita boleh berjabat tangan dan duduk semeja untuk menikmati teh tarik dan pisang goreng panas serta senyuman lebar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia