Harian Metro

JALANG NOMAD

- Nurul Hidayah Bahaudin dan Nabihah Kamal am@hmetro.com.my

> Fasih bertutur bahasa Melayu dan sering berpindah-randah. Itulah modus operandi pelacur ‘lima bintang’ kebanyakan­nya berasal dari Eropah yang menjalanka­n kegiatan persundala­n di hotel mewah sekitar ibu negara. Mereka hanya berurusan menerusi aplikasi WeChat dan sangat teliti ketika berkomunik­asi dengan bakal pelanggan.

Wartawan Nurul Hidayah Bahaudin dan Nabihah Kamal

menyertai operasi polis membantera­s aktiviti jalang mereka.

Kuala Lumpur

Menggunaka­n konsep nomad iaitu sering berpindah-randah bagi mengelak kegiatan dihidu pihak berkuasa.

Itu antara taktik dikesan polis dalam kegiatan pelacuran kelas atasan membabitka­n wanita asing kebanyakan­nya dari Eropah.

Selain itu, mereka turut dilengkapi pakej fasih bertutur bahasa Melayu menyebabka­n ramai lelaki tertarik untuk mendapatka­n khidmat mereka.

Kebanyakan pelacur Eropah yang datang ke negara ini menawarkan khidmat seks untuk orang kaya

menggunaka­n aplikasi WeChat bagi berhubung.

Malah, siasatan polis mendapati golongan pelacur lima bintang ini menjalanka­n kegiatan pelacuran pada siang hari bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Mereka juga didapati menyewa bilik hotel atau rumah sementara bagi tempoh masa tertentu untuk menjalanka­n kegiatan itu.

Difahamkan, mereka hanya menyewa satu lokasi dalam tempoh maksimum beberapa bulan sebelum berpindah ke lokasi lain.

Wartawan Harian Metro yang mengikuti serbuan khas dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, baru-baru ini mendapati, pelacur warga Eropah ini memilih untuk menginap di hotel mewah sebelum meminta pelanggann­ya datang ke lokasi ditetapkan.

Bagaimanap­un, bukan mudah untuk ‘memancing’ pelacur minah salih ini kerana pelbagai persoalan diajukan sebelum mereka menerima pelanggan.

Antara soalan yang akan diajukan adalah maklumat umur, alamat, nama dan bangsa.

Mereka ini dipercayai pelacur profesiona­l yang bergerak secara berkumpula­n dan menjelajah beberapa negara bagaimanap­un berjaya dihidu polis.

Ketika serbuan pertama dilakukan di Jalan Munshi Abdullah di sini, seorang wanita warganegar­a Uzbekistan ditahan selepas menawarkan khidmat seks.

Dia mengaku menyewa bilik di hotel berkenaan sejak dua bulan lalu untuk memudahkan­nya menjalanka­n kegiatan pelacuran menerusi WeChat.

Wanita itu memberi alasan kononnya hanya menjalanka­n kegiatan

pelacuran untuk mengisi masa lapang serta turut mendakwa kesunyian.

Bagaimanap­un, alasan wanita itu tidak diterima kerana ternyata dia meletakkan harga tinggi sekitar RM1,000 kepada pelanggan.

Ikuti perbualan wartawan bersama pelacur warga asing terbabit sejurus penahanan dilakukan.

Wartawan: Berapa lama awak menjalanka­n kegiatan ini?

Pelacur: Baru. Sejak beberapa bulan lalu.

Wartawan: Bagaimana awak mendapatka­n pelanggan?

Pelacur: Pelanggan akan hubungi saya melalui WeChat dan saya minta dia datang ke hotel.

Wartawan: Berapa bayaran yang awak terima?

Pelacur: RM1,000 bagi sekali perkhidmat­an. Biasanya pelanggan adalah orang kaya. Jadi tiada masalah untuk bayar harga ditetapkan.

Wartawan: Adakah anda tahu perbuatan anda salah?

Pelacur: Saya hanya inginkan teman, dia (pelanggan) mahu temankan saya dan bayar. Saya terima. Itu saja.

Wartawan: Ada kerja lain selain melacur?

Pelacur: Saya ‘escorting’ (gadis peneman) ketika waktu lapang, saya bekerja di Kuala Lumpur.

Serbuan kedua pula membawa kami kepada penemuan pasangan lesbian yang juga menawarkan khidmat seks mendakwa berasal dari United Kingdom.

Bagaimanap­un, hasil pemeriksaa­n polis mendapati, pasport milik mereka menunjukka­n dua wanita berusia 20-an itu berasal dari Russia.

Apabila pintu diketuk, dua wanita itu panik kerana melihat pegawai polis menyerbu bilik hotel berstatus tiga bintang di Jalan Bukit Bintang berkenaan.

Seorang wanita itu mendakwa, lelaki yang berada di dalam bilik hotel mereka hanya mahu menggunaka­n tandas.

Bukan itu saja, mereka juga mendakwa mereka hanya mahu berseronok ketika melancong ke negara ini selain mengaku mereka pasangan lesbian.

Salah seorang wanita itu juga menengking anggota polis apabila polis bertindak menyemak pasport miliknya.

Namun tindakan wanita yang tiba-tiba naik hantu itu langsung tidak diendahkan polis sebelum mereka digari dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Wartawan: Awak dari negara mana?

Pelacur: Saya dari United Kingdom.

Wartawan: Atas tujuan apa anda datang ke negara ini?

Pelacur: Saya hanya melancong.

Wartawan: Mengapa lelaki ini (pelanggan) ada di sini? Adakah awak menjalanka­n aktiviti pelacuran?

Pelacur: Tidak. Dia hanya menumpang tandas di bilik kami. Saya tidak melacur.

Wartawan: Apa hubungan awak dengan seorang lagi rakan senegara itu?

Pelacur: Kami kekasih. Kami lesbian.

Wartawan: Jika lesbian, apa hubungan awak dan lelaki itu (pelanggan)?

Pelacur: Kami hanya suka-suka untuk enjoy. Saya suka lakukan hubungan biseksual.

Wartawan: Berapa upah yang awak terima?

Pelacur: Dia beri pada kami RM1,200. Kami suka-suka, tiada yang serius.

Pelacur Eropah berkunjung ke KL miliki pakej fasih bahasa Melayu

Sewa hotel, jalankan operasi pada siang hari elak dikesan pihak berkuasa

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? GEL dan kondom yang dirampas dalam serbuan. DUA wanita mengaku lesbian yang ditahan.
GEL dan kondom yang dirampas dalam serbuan. DUA wanita mengaku lesbian yang ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia