Harian Metro

3,000 AYAM MATI NAHAS

Kelindan maut, dua parah, pemandu cedera ringan lori bawa ternakan terbabas

- Saliawati Salberi nursaliawa­ti@mediaprima. com my

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian warga Bangladesh itu”

Arshad Abu

Kelindan lori berasal dari Bangladesh maut manakala lebih 3,000 ayam pedaging mati serta puluhan lagi terlepas selepas kenderaan berat sarat dengan muatan ternakan itu terbalik di Kilometer 25, Jalan Serkam-Bemban, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi, dua lagi kelindan juga berasal dari Bangladesh parah manakala pemandunya warga tempatan bernasib baik kerana hanya cedera ringan walaupun lori dipandunya remuk teruk.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superinten­dan Arshad Abu berkata, mangsa, Raijul Miah, 33, disahkan maut di lokasi kemalangan akibat parah di kepala manakala dua lagi kelindan dan pemandu dikejarkan ke Hospital Melaka untuk diberi rawatan segera.

“Mengikut laporan, kejadian berlaku ketika lori 10 tan dipandu lelaki berusia 34 tahun membawa tiga kelindan dalam perjalanan menghantar 3,320 ternakan dari Bahau, Negeri Sembilan ke pusat penyembeli­han di Serkam.

“Namun ketika tiba di lokasi, pemandu lori gagal mengawal kenderaann­ya lalu terbabas ke kawasan semak di bahu jalan sebelum terbalik hingga menyebabka­n kepala lori terbabit remuk teruk,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Jasin untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian warga Bangladesh itu.

Arshad berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan susulan kemalangan, pihaknya meminta kerjasama saksi supaya tampil segera untuk melengkapk­an siasatan.

Tinjauan mendapati kemalangan menyebabka­n ada antara bakul digunakan untuk mengangkut ayam pedaging berkenaan

tercampak keluar dari lori hingga ada ternakan yang mati sebelum sempat disembelih.

 ??  ?? LORI 10 tan terbalik dalam kemalangan maut di Kilometer 25, Jalan Serkam-Bemban, semalam.
LORI 10 tan terbalik dalam kemalangan maut di Kilometer 25, Jalan Serkam-Bemban, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia