Harian Metro

‘NAK LUPA KISAH SEDIH’

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Wanita selamat pulang ke pangkuan keluarga selepas hilangkan diri ke Medan

“Sebolehnya saya tidak mahu cerita apa-apa... lupakan kisah sedih di sana,” kata Nurul Farhana Ahmad, 25, wanita yang menghilang­kan diri ke Medan, Indonesia sejak dua tahun lalu selepas mengikuti seorang lelaki.

Anak keempat daripada lima beradik dari Parit 7, Sekinchan, Selangor itu dibawa pulang ke tanah air selepas keluargany­a memohon bantuan Ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi.

Nurul Farhana berkata, dia mahu memulakan hidup baharu dengan bekerja termasuk menumpukan perhatian untuk membesarka­n anak lelakinya, Askara Alfatih Ali, setahun tiga bulan.

“Sepanjang di sana, saya tinggal bersama ibu saudara (kepada suami) serta tidak bekerja dan hanya duduk di rumah.

“Baru-baru ini, saya menghubung­i ibu di Malaysia kerana masih ingat nombor telefon dan selepas itu, saya dimaklumka­n bapa sudah meninggal dunia,” katanya di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini, semalam.

Ketibaan Nurul Farhana dan anaknya disambut ibu, Normah Yusof, 51, serta adik-beradik dan ahli keluarga lain.

Pada 14 Oktober lalu, media melaporkan Normah memohon mana-mana pihak membantu anak perempuan tunggalnya dipercayai berada di Medan, Indonesia pulang ke pangkuan keluarga.

Difahamkan, Nurul Farhana sebelum ini bekerja di sebuah kilang menghilang­kan diri sehingga langsung tidak dapat dihubungi dan tiada khabar berita.

Selain itu, Nurul Farhana juga tidak berpeluang bertemu bapanya, Ahmad Abdullah Sani yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 12 September tahun lalu.

Dalam pada itu, dia turut meluahkan rasa gembira dapat pulang ke tanah air serta bertemu ibu dan keluargany­a.

Mengulas lanjut, Budiman berkata, pada masa ini, pihaknya memberi tempoh bertenang kepada Nurul Farhana dan akan membantu menyelesai­kan urusan dokumentas­i termasuk anak lelaki wanita itu.

Sementara itu, beliau mengucapka­n terima kasih kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi membantu membawa pulang Nurul Farhana termasuk pelbagai pihak lain iaitu Kedutaan Malaysia di Indonesia serta Kedutaan Indonesia di Malaysia.

“Gerak kerja rundingan ini turut dibantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Nusasentri­s Malaysia yang berbincang bersama ketua kampung di Batubara, Medan iaitu tempat tinggal Nurul Farhana,” katanya.

 ??  ?? BUDIMAN (kiri) bersama Normah (kanan), Nurul Farhana (tengah) dan Askara Alfatih Ali ketika tiba di klia2.
BUDIMAN (kiri) bersama Normah (kanan), Nurul Farhana (tengah) dan Askara Alfatih Ali ketika tiba di klia2.
 ?? Budiman ?? Gerak kerja rundingan ini turut dibantu NGO Nusasentri­s Malaysia yang berbincang bersama ketua kampung di Batubara, Medan iaitu tempat tinggal Nurul Farhana”
Budiman Gerak kerja rundingan ini turut dibantu NGO Nusasentri­s Malaysia yang berbincang bersama ketua kampung di Batubara, Medan iaitu tempat tinggal Nurul Farhana”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia