Harian Metro

EMPAT PENIAGA BAU TIPU RUMAH PUSAT JUDI SIBER

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hme-

KPDNKK rampas 654 unit minyak wangi palsu bernilai RM25,560

12 tengah hari itu hingga jam 3 petang itu, 654 unit minyak wangi berjenama bernilai RM25,560 dirampas di empat premis berkenaan yang terletak dalam pusat dalam beli-belah berkenaan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Kuala Lumpur Wan Mhd Yusof Wan Taib berkata, operasi dijalankan berdasarka­n aduan daripada wakil cap dagang sah di negara ini dan risikan pihaknya selama seminggu.

“Operasi yang membabitka­n 12 anggota dan pegawai itu turut disertai wakil cap dagang jenama berkenaan, Global Trade Shield Sdn Bhd bagi memudahkan mereka mengenalpa­sti produk yang diciplak.

“Kami melakukan operasi serentak di lima premis dengan membahagik­an penguat kuasa kepada lima pasukan, namun hanya empat yang didapati menjual minyak wangi berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, selain minyak wangi, premis berkenaan juga didapati menjual sabun mandi dalam bentuk cecair menggunaka­n jenama sama.

“Daripada pemeriksaa­n yang dijalankan, kami merampas 654 unit minyak wangi dan 57 unit sabun mandi yang dianggarka­n bernilai RM25,560.

“Jika sabit kesalahan, empat peniaga terbabit boleh didenda maksimum RM10,000 bagi setiap unit barangan atau dipenjara tidak lebih tiga tahun manakala bagi pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap unit barangan,” katanya.

Beliau turut mengingatk­an peniaga supaya tidak menjual barangan tiruan dan meminta orang ramai melaporkan­nya kepada penguat kuasa jika mengetahui mengenai aktiviti berkenaan.

Kajang

Sindiket perjudian kini menggubah taktik operasi dengan hanya membuka premis untuk pelanggan berjudi dalam talian sekiranya mendapat permintaan yang boleh dibuat melalui panggilan telefon.

Malah, sindiket itu turut menjadikan rumah yang diubah suai sebagai pusat judi.

Bagaimanap­un, taktik itu terbongkar selepas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang membuat serbuan di dua premis di Batu 11, di sini, dalam Operasi Waran Geledah (Op Waran

Geledah), kelmarin.

Dalam operasi yang bermula selama tiga hari bermula 17 hingga 19 Oktober itu, sebanyak 13 premis judi dalam talian di daerah itu diserbu selepas mendapat waran geledah daripada mahkamah.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, hasil serbuan di dua premis di Batu 11, kelmarin, pihaknya mendapati sindiket terbabit hanya menjalanka­n operasi sebaik menerima panggilan daripada pelanggan tetap mereka.

Sindiket hanya buka premis

jika ada permintaan

 ??  ?? PUSAT siber judi yang diserbu di Kajang.
PUSAT siber judi yang diserbu di Kajang.
 ??  ?? PENGUAT kuasa KPDNKK melakukan pemeriksaa­n di premis yang menjual produk tiruan.
PENGUAT kuasa KPDNKK melakukan pemeriksaa­n di premis yang menjual produk tiruan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia