Harian Metro

‘ANAK SYURGA KAMI DAH TIADA’

- Essa Abu Yaminam am@hmetro.com.my

“Malah, mereka turut menggubah rumah sebagai pusat operasi yang jika dilihat dari bahagian luar selain dikaburi dengan kedai makan di bahagian luar premis,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai operasi berkenaan di lokasi serbuan, kelmarin.

Ahmad Dzaffir berkata, pihaknya merampas 257 set komputer bernilai RM300,000 yang dijadikan sebagai mesin judi dalam talian yang ditemui di dalam 13 premis berkenaan.

“Kami mendapat 13 waran geledah daripada mahkamah untuk memeriksa premis berkenaan yang didapati menjalanka­n aktiviti judi dalam talian walaupun kerap kali diserbu pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan terus melakukan operasi terbabit secara konsisten sebagai langkah membersihk­an daerah itu daripada aktiviti judi dalam talian.

“Operasi yang dijalankan kali ini adalah fasa pertama dan kami akan terus memohon waran geledah daripada mahkamah terhadap premis yang didapati menjalanka­n kegiatan terbabit.

“Ia adalah selaras dengan matlamat kami untuk membersihk­an daerah ini daripada aktiviti judi dalam talian,” katanya.

Bayi 39 hari meninggal dunia akibat tersedak susu

Batu Pahat

“Kebiasaann­ya, pada setiap hari selepas dia tertidur saya akan membuat kerja harian dan menghantar suami sehingga ke depan pintu dan selepas itu saya akan menjengah dan melihat keadaan anak bongsu saya itu.

Namun pada hari kejadian, saya agak panik apabila melihat anak bongsu saya sudah tidak lagi bergerak selain seluruh badannya bertukar menjadi kebiruan dan saya ada cuba memanggil namanya beberapa kali,” kata Rosma Endah Mohamed, 38, ibu kepada bayi lelaki berusia 39 hari yang meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di kediamanny­a di Taman Bistari, Tongkang Pechah, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi kelmarin.

Jenazah bayi terbabit selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Batu 7, Tongkang Pechah kira-kira jam 9 malam hari sama selepas disolatkan di Surau Taman Bistari, di sini.

Bayi berkenaan, Adrie Fayyadh Mohd Zulkifli, dipercayai meninggal dunia selepas 30 minit disusukan ibunya.

Menurut Rosma Endah, dia baru saja meletakkan bayinya itu kira-kira 30 minit selepas menyusukan anaknya itu sebelum melakukan rutin harian di rumah pada waktu pagi.

“Seperti biasa rutin harian di rumah pada waktu pagi saya akan menyapu sampah, menyidai kain dan menyediaka­n sarapan untuk suami dan anak-anak lain.

“Arwah adalah anak bongsu daripada lima beradik dan seperti kebiasaann­ya dia akan menyusu badan setiap pagi antara jam 6.30 hingga 7 pagi serta kemudianny­a akan tidur selepas kenyang,” katanya ketika ditemui, di kediamanny­a, semalam.

Menurut Rosma, selepas bayinya itu tidur dia akan melakukan aktiviti rutinnya setiap hari menyediaka­n sarapan untuk suami, Mohd Zulkifli Abdullah, 41, serta anak-anaknya yang lain sebelum melakukan kerja rumah.

“Agak lama saya cuba menyedarka­n dia dan mendapati bayi saya tidak menunjukka­n apa-apa tindak balas, kemudian saya terus bergegas ke klinik berhampira­n untuk mendapatka­n rawatan, namun doktor yang bertugas mengesahka­n bahawa bayi saya sudah tidak lagi bernyawa,” katanya.

Rosma berkata, dia terkejut dan seakan tidak percaya anak bongsunya itu sudah tiada dengan apa yang dimaklumka­n oleh doktor berkenaan.

Dalam keadaan sebak dan terus menitiskan air mata dia menghubung­i suaminya yang sudah mula bekerja di kilang berhampira­n.

“Walaupun pada mulanya kejadian berkenaan seolah-olah seperti mimpi kerana ia berlaku sekelip mata saja, saya sekeluarga terpaksa menerima hakikat dan reda dengan ketentuan Allah yang ‘anak syurga’ kami ini sudah tiada.

“Saya akui setiap yang berlaku ini ada hikmahnya dan menerima kenyataan berkenaan dengan hati yang terbuka, selain menganggap anak bongsu ini Allah pinjamkan seketika untuk kami sebelum dia pergi,” katanya yang masih lagi bersedih.

Menurut Rosma, dia sekeluarga amat menyayangi bayinya itu kerana bayi berkenaan adalah penambah kemeriahan mereka sekeluarga, namun menganggap Tuhan lebih menyayangi anak bongsunya itu dan pergi dulu berjumpa Sang Pencipta.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Bistari, Batu Pahat, Wahyu Hidayat Jaapar berkata, pihaknya turut bersimpati dengan keluarga mangsa.

“Selain melakukan lawatan, pihak KRT Taman Bistari dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar Batu Pahat turut memberikan sumbangan untuk membantu keluarga berkenaan yang masih bersedih dengan kejadian itu,” katanya.

 ??  ?? JENAZAH bayi selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Batu 7, Tongkang Pechah.
JENAZAH bayi selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Batu 7, Tongkang Pechah.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia