Harian Metro

TERPAUT SELEPAS DITEGUR

- Oleh Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

Gadis Sabah terbuka hati peluk Islam diminta rakan berpakaian sopan

Bermula daripada teguran rakan yang menyuruhny­a berpakaian sopan, akhirnya membuka hati gadis dari Kota Kinabalu, Sabah mendalami dan memeluk agama Islam, empat tahun lalu.

Nur Adelia Japri Abdullah, 23, berkata, pada mulanya dia sering berdebat mengenai aurat wanita bersama rakannya sehingga mendorongn­ya mencari jawapan sebenar menerusi bacaan buku agama.

“Melalui pembacaan buku berkaitan Islam, sedikit demi sedikit saya mula memahami dan mendapat jawapan sebenar mengenai kepentinga­n menjaga aurat dalam kalangan orang Islam.

“Akhirnya pada November 2013, saya memeluk agama suci ini selepas beberapa kali ke Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS),” katanya ketika ditemui di Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) Pengkalan Chepa.

Kakaknya, Nur Fatihah Japri Abdullah, 29, terlebih dulu diberi hidayah Allah SWT memeluk Islam ketika berusia 19 tahun.

“Bagaimanap­un kakak tidak pernah memaksa saya memeluk Islam kerana mahu saya lakukan dengan kerelaan hati,” katanya.

Anak bongsu daripada dua beradik mengakui selepas memeluk Islam dia hanya mempelajar­i menerusi buku agama dan Internet namun tidak memahami secara mendalam terutama dari segi bacaan dalam solat.

“Saya buat keputusaan belajar di IDIP, Pengkalan Chepa pada 2015.

“Alhamdulil­lah, selepas dua tahun di sini, saya menyedari Islam sangat indah sama ada dari sudut agama mahupun kehidupan seharian.

“Insya-Allah selepas ini saya merancang menjadi pendakwah dengan membantu mualaf lain mendalami Islam,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NUR Adelia Japri (kiri) bersama rakan di IDIP Pengkalan Chepa.
NUR Adelia Japri (kiri) bersama rakan di IDIP Pengkalan Chepa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia