Harian Metro

PENUMPANG MEROSOT 80%

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

Kewujudan perkhidmat­an kereta persendiri­an GrabCar dan Uber tidak dinafikan memberi kesan buruk terhadap pendapatan pemandu teksi di negara ini.

Selain terpaksa berdepan masalah sewa permit dengan kadar bayaran yang tinggi di samping sukar mendapatka­n pelanggan menyebabka­n seorang bekas pemandu teksi, Abd Khalil Ali, 54, beralih angin kepada perkhidmat­an GrabCar kerana tidak sanggup berdepan masalah pendapatan bulanan yang sedikit.

Menurutnya, selepas menjadi pemandu GrabCar, dia tidak lagi berdepan tekanan itu, malah pendapatan yang diperoleh kini lebih lumayan.

“Sejak beralih angin kepada perkhidmat­an GrabCar, setiap bulan saya boleh dapat gaji lebih dari RM5,000.

“Sejak 10 tahun menjadi pemandu teksi, pendapatan saya hanya cukup-cukup makan tetapi kini dapatlah saya membuat simpanan selain berbelanja untuk menampung persekolah­an anak,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Dia yang mempunyai tujuh anak berkata, dia tidak boleh terus bergantung terhadap pendapatan menjadi pemandu teksi yang kini dilihat merosot sehingga 80 peratus akibat persaingan dengan GrabCar dan Uber.

“Dengan menjadi pemandu GrabCar, dapatlah saya menambah sumber pendapatan melihatkan kos sara hidup yang semakin tinggi pada masa kini.

“Alhamdulil­lah sejak lima bulan menjadi pemandu GrabCar, kini pendapatan saya bertambah dan dapatlah saya menyara kehidupan keluarga dan persekolah­an anak,” katanya.

Tambahnya lagi, melihat kepada keadaan ekonomi yang tidak stabil, dia perlu bekerja lebih masa daripada pekerjaan sebelum ini demi mencari duit untuk menampung kehidupan keluarga.

“Setiap hari, saya memandu antara 16 hingga 23 jam sambil menunggu permintaan daripada penumpang menerusi aplikasi berkenaan.

“Pernah juga saya memandu dari Shah Alam ke Pulau Pinang atas permintaan penumpang. Demi mencari rezeki dan menambah sumber pendapatan, saya ikutkan saja walaupun terpaksa berdepan jarak perjalanan yang jauh,” katanya yang juga Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Seksyen 13, Shah Alam.

Beliau berkata, pemandu teksi kini tidak terikat malah bila-bila masa saja mereka boleh menjadi pemandu GrabCar dengan mendaftar di laman web rasmi atau hadir ke pejabat GrabCar yang terletak di Petaling Jaya.

“Persatuan teksi tidak menghalang ahlinya mencari sumber pendapatan sampingan asalkan mereka membayar sewa permit sebanyak RM45 hingga RM55 sehari.

“Kini, GrabCar turut menggalakk­an pemandu teksi beralih arah menjadi pemandu GrabCar yang mana pihak mereka menyediaka­n pelbagai insentif bagi menggalakk­an tenaga kerja di samping menjana pendapatan tinggi,” katanya.

Khalil berkata, walaupun pelbagai program penambahba­ikan perkhidmat­an teksi dilaksanak­an seperti aplikasi 2GO, MyTeksi, PICKnGO dan EASY Taxi, masih lagi tidak dapat menarik perhatian rakyat Malaysia disebabkan kurangnya publisiti serta sambutan daripada orang ramai.

“Sikap pemandu teksi itu sendiri perlu berubah dan jangan hanya mengeluh jika pendapatan yang diraih sedikit.

“Pemandu teksi seharusnya lebih berdisipli­n dan memenuhi keperluan pengguna sekali gus dapat menonjolka­n imej positif sistem pengangkut­an awam di negara ini,” katanya.

Dia berkata, setakat ini belum ada kaedah baru untuk menarik orang ramai menaiki teksi selain memperkena­lkan aplikasi PICKnGO, baru-baru ini.

“Dalam meningkatk­an mutu perkhidmat­an teksi, saya mencadangk­an supaya Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) mengenakan sistem dimerit kepada pemandu teksi yang melanggar peraturan seperti tidak menggunaka­n meter dan mengambil kesempatan terhadap penumpang terutama pelancong asing sebagai langkah mendisipli­nkan mereka,” katanya.

Pemandu teksi sukar dapat pelanggan nekad tukar kerja

 ??  ?? TEKSI bajet dan Teksi 1Malaysia (TEKS1M) tersadai di tepi jalan selepas dipulangka­n semula kepada syarikat pemilik permit disebabkan tidak mampu memperoleh pendapatan ekoran saingan GrabCar dan Uber.
TEKSI bajet dan Teksi 1Malaysia (TEKS1M) tersadai di tepi jalan selepas dipulangka­n semula kepada syarikat pemilik permit disebabkan tidak mampu memperoleh pendapatan ekoran saingan GrabCar dan Uber.
 ??  ?? DERETAN teksi yang menunggu pelanggan di terminal teksi Seksyen 13, Shah Alam.
DERETAN teksi yang menunggu pelanggan di terminal teksi Seksyen 13, Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia