Harian Metro

APALAH NASIB AKU...

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor am@hmetro.com.my

Bekas jurujual berdepan 26 kes penipuan pinjaman tidak wujud dilakukan kenalan pinjam kad ATM

“Saya menyangkak­an kad ATM (kad pengeluara­n wang automatik) yang tidak aktif tidak memberi apa-apa kesan. Rupa-rupanya ia menghancur­kan kehidupan,” kata Yee Yong Kian, 32, bekas jurujual yang kini berdepan 26 kes penipuan pinjaman tidak wujud dilakukan oleh kenalannya, Julai lalu.

Yee berkata, dia menanggung derita seumur hidup apabila akaun bank miliknya disalah guna menyebabka­nnya bakal didakwa di mahkamah.

Kenalannya, Poon Wei Lun, 27, bertemunya di Lobak di sini pada 28 Jun lalu dan mahu meminjam kad pengeluara­n wang automatik (ATM) berserta kata laluan.

“Ketika itu Poon beritahu mahu menggunaka­n kad itu selama dua hari kononnya majikan mahu memasukkan gaji. Berikutan kami sama-sama bekerja di Kuala Lumpur pada 2015, saya memberikan kad terbabit, tambahan pula ia tidak lagi digunakan malah tidak memiliki wang,” katanya.

Yee berkata, dua hari kemudian dia menghubung­i Poon untuk meminta kad ATM itu namun panggilan tidak dijawab selain aplikasi WeChat tidak dibalas.

“Sebulan kemudian, barulah dia membalas WeChat dan memaklumka­n berada di luar kawasan,” katanya pada sidang media anjuran Ketua Biro Perundanga­n, Jawatankua­sa Perhubunga­n MCA Negeri Sembilan, Ng Kian Nam di Oakland, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Penerangan MCA negeri Dafney Ho dan bapa mangsa, Yee Kew Chai, 85.

Menurut Yee, pada hujung Ogos lalu dia terkejut apabila anggota Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur datang ke rumahnya di Taman Bukit Kristal dan mendakwa dia terbabit dalam penipuan.

“Sejak itu saya dipanggil memberi keterangan dan ramai anggota polis dari 24 balai seluruh negara datang menemui saya. Anggota memaklumka­n nombor akaun bank milik saya terbabit dalam 26 kes penipuan pinjaman tidak wujud dengan nilai kerugian RM360,000,” katanya.

Menurutnya, modus operandi adalah pinjaman diiklankan di laman sosial yang mengkehend­aki pemohon perlu membayar deposit untuk mendapatka­n pinjaman penuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia