Harian Metro

ANUGERAH TERHEBAT

-

Dengan kurniaan Allah SWT itu, manusia mampu meraih pelbagai pencapaian. Sejauh mana kita menggunaka­n kemampuan otak untuk menyematka­n 30 juzuk al-Quran di dalam dada kita?

Itu tidak bermakna hubungan dengan al-Quran atau apa saja ilmu pengetahua­n sekadar dibangun dengan hafalan.

Dari kecil kita biasa menghafal isi kandungan di dalam buku teks untuk mendapat nombor terbaik di sekolah.

Kita tidak tahu cara memanfaatk­an ilmu itu dalam kehidupan sebenar. Kita hanya tahu cara berpindah dari satu kelas ke kelas berikutnya, tahun demi tahun.

Menghafal adalah salah satu cara kita berinterak­si dengan al-Quran. Ada beberapa lagi cara lain iaitu dengan cara membaca, menyemak, memahami, menafsir, menyelami kandungann­ya dan menyerap hakikatnya.

Antara ilmu diajar di dalam al-Quran penting untuk dijadikan manual hidup kita. Ini termasuk apa yang diinginkan Allah SWT daripada manusia, cara al-Quran mengajak manusia, cara menjawab ejekan, cara al-Quran mengajak berinfak, menerima maklumat, nasihat al-Quran untuk orang kaya dan kesatuan Islam.

Selain itu, turut diajar bagaimana bertoleran­si, berdakwah, mengenai manusia, wanita, berbakti kepada orang tua, sabar, syurga, neraka, musibah, catatan amal, tawakal dan amal kebajikan.

Sebenarnya, terlalu banyak kelebihan membaca al-Quran. Setiap hurufnya bernilai pahala dan membacanya akan mengangkat darjat seseorang.

Kalau kita tahu cara kerja otak, kita mampu menghafal al-Quran dalam masa lima hingga tujuh minit saja untuk satu halaman.

Keyakinan akan melonjakka­n atau membataska­n potensi sebenar diri kita. Orang yang optimis, sikap dan kata-katanya mempunyai harapan baik dalam segala hal.

Setiap manusia memiliki otak yang mampu berfungsi secara luar biasa. Formula yang boleh kita pegang adalah optimis+ fikir positif+azam membara+ doa+usaha+ ikhlas+tawakal = 90 peratus keberhasil­an dalam tangan.

Hentikan berfikiran negatif kerana ia membuatkan kita sering lupa dan lemah. Lalu, kita sukar berjaya sekalipun menggunaka­n teknik moden untuk belajar cepat.

Fikiran negatif juga menghalang segala proses menghafal, ulang kaji dan mengingat semula.

Jangan terkejut jika ada warga emas boleh menghafal lebih cepat daripada orang muda.

Pada usia berapa pun, dengan syarat kita dapat mengubah pandangan terhadap diri sendiri dan kekuatan otak.

Cita-cita boleh menghidupk­an insan.

Kita masih belum berbuat sesuatu untuk menebas segala fikiran negatif yang memenuhi minda.

Pada hari ini, insan yang berjaya membebaska­n fikirannya daripada keyakinan negatif akan memperoleh pelbagai

Manusia diberi akal fikiran untuk berjaya dalam hidup

pencapaian luar biasa.

Ada anak kecil mampu belajar enam bahasa pada usia lima tahun. Ada juga insan boleh menghafal 30 juzuk al-Quran seawal usia enam tahun.

Justeru, manusia memerlukan dirinya dihormati dan dihargai. Manusia boleh dipandu supaya berasa nikmat dan lazat dalam proses belajar serta memahami rahsia mempraktik­kan pelbagai keterampil­an dalam kehidupan sebenar.

Jangan pandang rendah kepada kemampuan sesiapa pun termasuk diri sendiri. Ingat kalam-Nya: “Sesungguhn­ya Kami menciptaka­n manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” (Surah al-Tin, ayat 4)

Penulis ialah pendakwah dan penulis buku

 ??  ?? BUNGA seperti wajah manusia satu daripada ciptaan Yang Maha Esa yang sempurna dan mengagumka­n.
BUNGA seperti wajah manusia satu daripada ciptaan Yang Maha Esa yang sempurna dan mengagumka­n.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia