Harian Metro

SIAPA JUARA DOTA 2?

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

Tiga pasukan tempatan bersama lima antarabang­sa berentap kejuaraan e-sukan mulai semalam hingga 22 Oktober ini rebut RM300,000

Tiga pasukan tempatan berentap bagi merebut hadiah wang tunai terkumpul RM300,000 bersama lima pasukan antarabang­sa di final kejohanan

di Kompleks Sukan di Iskandar Puteri mulai semalam hingga 22 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Iqbal Ameer berkata, pasukan tempatan iaitu

dan bersaing dengan pasukan

(China),

(ThailanD), (Indonesia), (China) dan dari Filipina.

Beliau berkata, pihaknya menyasarka­n lebih 3,000 penyokong pasukan tempatan dan antarabang­sa menyaksika­n persaingan antara lapan pasukan berkenaan di pusingan akhir perlawanan bermula jam 11 pagihingga 11 malam.

Menurutnya, pihaknya yakin penganjura­n kejohanan ini mampu membantu menonjolka­n kebolehan generasi muda dalam lapangan ini.

“Sebanyak lapan pasukan ke peringkat akhir dan kami yakin mereka memiliki kelebihan masing-masing.

“Difahamkan ada antara pasukan peserta pernah merangkul kejuaraan selain memenangi hadiah bernilai jutaan ringgit sebelum ini,” katanya pada sidang media Majlis Perasmian Pertanding­an Pusingan Akhir

di Stadium Tertutup Kompleks Sukan di sini, semalam.

Sementara itu, Iqbal berkata, Johor berpotensi dijadikan hab sukan elektronik atau e-sukan berdasarka­n sambutan yang menggalakk­an di dalam penyertaan pelajar Akademi E-Sukan Iskandar Puteri (AOES) Malaysia.

Beliau berkata, ramai pelajar mendaftar dan mengikuti kem latihan insentif Dota 2 secara percuma bermula pada 9 September lalu hingga 23 Disember 2017.

“Kita melihat Johor sebagai kawasan strategik kerana ia berdekatan dengan negara jiran Singapura selain ia bandar kedua terbesar di dalam negara, jadi ia berpotensi dibangunka­n menjadi lokasi penganjura­n acara e-sukan.

“Tambahan pula, permainan e-sukan menerima perhatian serius daripada Kementeria­n Belia dan Sukan dan ia langkah dijalankan pihak kami dalam membantu perkembang­an industri e-sukan ini,” katanya.

Katanya, kerjaya di dalam bidang ini memberikan gaji tinggi dan ada dalam kalangan peserta dalam pertanding­an ini pernah memenangi hadiah bernilai jutaan ringgit.

Pertanding­an bermula sejak 10 September lalu disertai 78 pasukan dari dalam dan luar negara di mana pasukan yang berjaya sampai ke peringkat akhir akan memenangi hadiah RM10,000.

Pasukan juara kejohanan anjuran Celcom Axiata Bhd (Celcom) dan diurus Livescape dengan kerjasama

bakal membawa pulang trofi

 ??  ?? IQBAL (lapan dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Convention dan Exhibition Bureau Datuk Zulkefli Sharif bertukar cenderahat­i selepas merasmikan kejuaraan Dota 2 The Major League, semalam.
IQBAL (lapan dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Convention dan Exhibition Bureau Datuk Zulkefli Sharif bertukar cenderahat­i selepas merasmikan kejuaraan Dota 2 The Major League, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia