Harian Metro

KECV pupuk masyarakat lindungi hidupan liar

-

ederaan,” katanya. enurutnya, semua gajah yang cedera n diberi rawatan dan dijaga sebaiknya elum boleh dibawa untuk didekati gunjung. atanya, anak gajah yang dibawa ke sini a kebanyakan­nya sudah kehilangan ibu dan kan dijaga serta dibiasakan berdikari. enurut Ang, pelawat yang bertandang ke CV merupakan penyumbang derma dalam muliharaan gajah di pusat berkenaan. eliau berkata, pihaknya mewakili kerajaan eri berterima kasih di atas sokongan gunjung yang sudi melawat KECV kerana alui tiket yang dibeli sebagai bayaran

Kuala Berang: Kewujudan Perkampung­an Konservasi Gajah Kenyir (KECV) mampu memberi informasi terbaik terutama kepada orang ramai mengenai perlunya menjaga dan melindungi hidupan liar terutama gajah terancam akibat kerakusan manusia terutama untuk mendapatka­n gadingnya.

Kakitangan KECV Nor Azlina Mokhtar, 21, berkata, dengan wujudnya pusat konservasi berkenaan ia mampu memberi informasi berkaitan gajah kepada segenap lapisan masyarakat yang berkunjung ke sini terutama generasi muda dan pelajar sekolah.

Menurutnya, pertunjuka­n pendidikan berkaitan gajah di KECV mampu memberi maklumat kepada pelawat kerana ramai yang tidak tahu bagaimana kehidupan harian mamalia berkenaan di dalam hutan.

“Begitu juga dengan pelajar universiti yang datang untuk membuat kajian berkaitan gajah atau pokok yang ada di kawasan ini dan secara tidak langsung wujudnya pusat ini mampu memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

“Sepanjang pusat ini dibuka, pelbagai lapisan masyarakat dalam dan luar negara sudah berkunjung ke sini dan ia masuk ke pusat konservasi terbabit membolehka­n hasilnya disalurkan untuk kegunaan gajah, di situ.

Menurutnya, saban hari pihak pengurusan menyediaka­n makanan yang sesuai untuk gajah terbabit antaranya rumput napier, tebu, makanan sampingan, tumbuhan berfiber dan buah-buahan.

“Bagi seekor gajah yang berusia satu hingga lapan tahun akan diberi makanan 50 hingga 100 kilogram makanan sehari. Untuk gajah yang berusia lapan tahun ke atas pula diberi makan sehingga 100 ke 200 kilogram memperliha­tkan pusat konservasi ini sudah mula mendapat perhatian serta dikenali hingga ke Eropah.

“Saya juga difahamkan bahawa KECV amat popular di rantau Asia hanya dalam tempoh yang singkat,” katanya.

Menurutnya, dia adalah antara seorang pelajar yang mengikuti kursus di bawah Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) dan selepas itu memilih untuk bekerja di KECV kerana meminati alam semula jadi dan kawasan yang hijau yang masih terpelihar­a.

Katanya, untuk melihat gajah sebenar bukannya mudah kerana habitat asal gajah adalah di dalam hutan, namun dengan kewujudan pusat konservasi ini secara tidak langsung mampu memberi daya tarikan baru dalam bidang eko pelanconga­n dan pemulihara­an gajah di negeri ini.

Azlina berkata, langkah kerajaan negeri membuka pusat konservasi seperti itu memberi peluang kepada generasi baru untuk mengenali gajah dan dalam masa sama mengekalka­n populasi gajah yang kian terancam.

Guru Tadika Kemas Duyung Kelab Aya Engku Roziana Syed Abdullah, 50, berkata makanan sehari.

“Setiap bulan gajah yang ada di KECV akan melalui pemeriksaa­n kesihatan bagi memastikan kesihatan gajah pada tahap terbaik,” katanya.

Menurutnya, seawal jam 7 pagi penjaga gajah akan membawa haiwan itu untuk mandi dan kebiasaann­ya dalam sehari ia akan dimandikan sebanyak lima kali.

Katanya, KECV juga menyediaka­n satu pengalaman baru kepada pengunjung dengan adanya jambatan gantung sejauh 600 meter dengan tujuh menara di kawasan berkenaan selain menjadikan KECV sebagai satu pusat pemulihara­an gajah di negeri dan negara ini tetapi ia boleh menjadi pusat rujukan kepada orang ramai terutama untuk mengenali secara lebih dekat haiwan itu.

Ketika ditemui di KECV, Engku Roziana berkata, dia sudah dua kali ke pusat konservasi berkenaan untuk membawa kanak-kanak tadika bagi mengenali haiwan terbabit.

Katanya, dia mendapati pusat konservasi berkenaan dapat memberi satu pengalaman baru kepada kanak-kanak terbabit dalam mengenali haiwan dan secara tidak langsung dapat mendidik golongan itu supaya lebih mencintai serta menjaga alam semula jadi.

“Semua tahu gajah adalah haiwan terancam kerana kegiatan pemburu haram yang membunuh haiwan itu untuk mendapatka­n gadingnya tetapi sekiranya tiada tempat seperti ini yang memberi perlindung­an pada gajah berkemungk­inan ia akan pupus satu masa nanti.

“Dengan adanya tempat pemulihara­an haiwan seperti ini memudahkan kami untuk mengatur atau merancang kunjungan ke sini kerana jarak perjalanan yang tidak lama selain mempunyai kemudahan lengkap dan baik,” katanya. dan gajah yang dijaga itu juga mampu melakukan pertunjuka­n pendidikan kepada pelawat.

“Pertunjuka­n pendidikan iaitu apa yang dilakukan gajah di habitat asal mereka seperti mengambil pucuk pada dahan pokok, mengangkat kaki untuk membolehka­n anak-anak gajah naik pada permukaan bentuk muka bumi yang cerun.

“Gajah yang dijaga di sini diasuh mengikut habitat asalnya, sekali gus pengunjung dapat melihat cara sebenar kehidupan gajah ketika di dalam hutan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia