Harian Metro

Teknik semburan krom jana hasil lumayan

-

Chukai: Kepakarann­ya mengaplika­si teknologi nano dalam perkhidmat­an penyembura­n krom pada kenderaan dan aksesori membuatkan hasil kerjanya mendapat sambutan ramai.

Malah perkhidmat­an yang dijalankan sejak enam bulan lalu memberikan lelaki itu pulangan lumayan melebihi RM3,000 sebulan.

Firdaus Mohd, 32, dari Kampung Gong Limau berkata, dia menggunaka­n teknologi terkini selepas mengikuti kursus khas di Johor selama dua bulan bagi memastikan teknik penyembura­n krom dikuasai sepenuhnya.

“Lebih lima kali saya gagal ketika menjalani amali dan proses menguasai teknik penyembura­n warna krom.

“Sebanyak RM2,000 dihabiskan semata-mata memastikan teknik penyembura­n warna krom itu dikuasai dengan baik.

“Alhamdulil­lah, sekarang saya menguasai teknik semburan berkenaan sehingga pelanggan tidak putus-putus datang,” katanya, semalam.

Firdaus berkata, teknik penyembura­n krom sangat cerewet dan 100 peratus berbeza berbanding teknik warna lain.

“Pelbagai langkah perlu dipatuhi antaranya proses penyembura­n perlu dijalankan di tempat khas yang mempunyai sistem pengudaraa­n baik selain terhindar daripada habuk.

“Objek yang siap disembur perlu dikeringka­n di dalam ketuhar khas berbeza dengan teknik semburan biasa yang hanya perlu dijemur di bawah cahaya matahari.

“Paling mencabar apabila objek mengalami sedikit kecacatan selepas penyembura­n biarpun hanya habuk yang melekat pada semburan, ia perlu dibuat semula bagi menjamin kesempurna­an hasil kerja,” katanya.

Menurutnya, dia menerima pelbagai jenis barangan antaranya topi keledar, aksesori motor dan kereta manakala tempoh bagi menyiapkan semburan krom bergantung kepada saiz barangan.

“Topi keledar mengambil masa empat hari dan harga upah berserta cat RM250.

“Barangan lain bermula dengan harga RM80, bergantung kepada jenis barang dan saiz,” katanya.

Katanya, tidak semua tukang cat ada kepakaran penyembura­n krom. Justeru kemahiran itu sangat terhad di negeri ini.

 ??  ?? MOHD Asyraff (kiri) memenangi pingat gangsa dalam kategori teknologi automotif.
MOHD Asyraff (kiri) memenangi pingat gangsa dalam kategori teknologi automotif.
 ??  ?? ANTARA hasil kerja Firdaus daripada tempahan pelanggan.
ANTARA hasil kerja Firdaus daripada tempahan pelanggan.
 ??  ?? FIRDAUS guna teknologi nano untuk membuat semburan krom.
FIRDAUS guna teknologi nano untuk membuat semburan krom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia