Harian Metro

SOKONGAN D-8 DITAGIH

-

Pelaksanaa­n cadangan disyorkan laporan Suruhanjay­a Penasihat Rakhine supaya aspek pembanguna­n ekonomi komuniti Rohingya ditingkatk­an bagi menangani krisis kemanusiaa­n etnik itu hanya tercapai jika wujud kestabilan politik.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana

Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid

Hamidi menyeru sokongan negara anggota Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) menghulurk­an bantuan sewajarnya.

“Saya memuji perlindung­an diberikan kerajaan Bangladesh kepada pelarian Rohingya dan di pihak Malaysia, kita akan membina hospital medan di Cox’s Bazaar bagi menyediaka­n bantuan perubatan.

“Hospital ini dijangka siap dalam tempoh sebulan selepas lawatan saya pada 16 Oktober lalu,” katanya ketika menyampaik­an ucapan

mewakili kerajaan Malaysia pada sidang kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) di Istanbul, Turki, semalam.

Persidanga­n D-8 selama tiga hari yang dianggotai Malaysia, Turki, Bangladesh, Indonesia, Pakistan, Iran, Mesir dan Nigeria berakhir semalam.

Penutup sidang kemuncak itu disempurna­kan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, industri pelanconga­n antara bidang yang perlu diberi penekanan bagi memperkuku­hkan ekonomi negara anggota D-8.

“Malaysia berpandang­an negara anggota D-8 sewajarnya memberi penekanan dan meningkatk­an pelaburan dalam bidang ini.

“Kita perlu melabur lebih banyak kepada pembanguna­n infrastruk­tur dan meningkatk­an rangkaian pelanconga­n kerana kesan gandaannya boleh memberi manfaat besar kepada anggota D-8,” katanya.

TPM puji perlindung­an diberikan kerajaan Bangladesh kepada etnik

Rohingya

 ??  ?? AHMAD Zahid menyampaik­an ucapan pada Sidang Kemuncak D-8.
AHMAD Zahid menyampaik­an ucapan pada Sidang Kemuncak D-8.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia