Harian Metro

KAPTEN IZHAM GCEO

-

Lembaga Pengarah Kumpulan Penerbanga­n Malaysia (MAG) dan Malaysia Airlines Bhd (MAB) mengumumka­n Kapten Izham Ismail akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) berkuat kuasa serta-merta.

Dalam kenyataan semalam, MAB berkata Izham, yang pada masa ini adalah Ketua Pegawai Operasi (COO) akan menyandang jawatan GCEO pada 1 Disember 2017 selepas ketiadaan Peter Bellew yang kini diletakkan di bawah cuti pentadbira­n.

Katanya, pelantikan Izham sejajar dengan pelan penggantia­n yang digariskan MAB sebagai sebahagian daripada Pelan Pemulihan 12 Perkara MAS (MRP), yang disediakan bagi pembanguna­n dan penggantia­n bakat kepimpinan Malaysia.

“Bagi memastikan peralihan yang lancar, sebuah Jawatankua­sa Eksekutif Lembaga akan ditubuhkan untuk tempoh enam bulan.

Ia akan diketuai oleh Pengerusi Tan Sri Md Nor Yusof dan akan termasuk ahli lembaga pengarah Tan Sri Krishnan Tan Boon Seng, Tan Sri Zamzamzair­ani Isa dan Sheranjiv Sammanthan,” menurut MAB.

Katanya Izham telah memainkan peranan yang penting kepada usaha pemulihan berterusan syarikat penerbanga­n itu.

“Sebagai COO, beliau bertanggun­gjawab bagi bahagian operasi, yang termasuk operasi penerbanga­n dan lapangan terbang serta kejurutera­an.

“Beliau mengetuai penyusunan semula bahagian kejurutera­an bagi operasi yang lebih cekap dan lancar, serta bertanggun­gjawab bagi inisiatif penjimatan bahan api syarikat penerbanga­n itu,” menurut MAB.

Izham mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam industri penerbanga­n, memulakan kerjaya dengan Malaysia Airlines sebagai juruterban­g pada 1979 dan telah memecahkan rekod penerbanga­n dunia apabila beliau menerbangk­an pesawat B777-200 pertama Malaysia Airlines pergi dan balik dari Seattle ke Kuala

Pelantikan ketua kumpulan Malaysia Airlines berkuat kuasa serta-merta

Lumpur.

Sebelum dilantik sebagai COO pada 2016, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MASwings, syarikat sekutu Malaysia Airlines di Sabah dan Sarawak.

Mengalu-alukan Izham kepada jawatan baharunya, Pengerusi MAB Tan Sri Md Nor Yusof berkata Izham merupakan ahli penting dalam keluarga MH dan mempunyai pemahaman yang luas mengenai operasi syarikat penerbanga­n dan pengurusan perniagaan.

– BERNAMA

 ??  ?? IZHAM
IZHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia