Harian Metro

Belum dapat pengesahan rasmi

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pertahanan (KEMENTAH) belum mengesahka­n kesahihan kematian militan tertinggi Malaysia, Dr Mahmud Ahmad, yang dilaporkan terbunuh dalam pertempura­n dengan tentera di Marawi City, Filipina, Rabu lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein berkata, setakat ini beliau belum mendapat pengesahan rasmi daripada perisik pertahanan negara berhubung perkara itu.

“Saya belum terima pengesahan itu (kematian Dr Mahmud) daripada perisikan kami, tapi saya berpandang­an perkara ini kami perlu bergantung kepada laporan perisikan kami walaupun pimpinan tertinggi tentera Filipina mendakwa kemungkina­n Dr Mahmud terbunuh.

“Biar saya semak dulu dengan BSPP (Bahagian Staf Perisikan Pertahanan), tapi kamu tahulah ada banyak lagi Dr Mahmud jadi jangan fikir ini penamatnya,” katanya selepas menghadiri Dialog Transforma­si Nasional (TN 50) di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini, semalam.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor selaku moderator program.

Mengulas lanjut Hishammudd­in berkata, kumpulan militan bukan sahaja menyasarka­n Malaysia dan Indonesia, bahkan negara lain termasuk Singapura.

“Saya baru pulang dari Singapura hari ini (semalam) dan bercakap berkenaan keselamata­n. Mereka (militan) juga menyasarka­n Singapura dan bukan sahaja kita dan Indonesia,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Hishammudd­in berkata, 57 sesi dialog TN50 dilaksanak­an di peringkat MINDEF seluruh negara untuk mengenalpa­sti aspirasi tiga cabang perkhidmat­an Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Keseluruha­nnya, ia membabitka­n 33,019 orang terdiri daripada warga veteran, ATM dan PLKN yang mengumpulk­an 50,838 aspirasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia