Harian Metro

MAMOGRAM PERCUMA

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Etiqa bantu warga emas alami masalah penglihata­n, kurang kemampuan jalani saringan kanser

Menyedari golongan wanita yang mempunyai masalah penglihata­n sukar untuk mendapatka­n rawatan kesihatan terutama membabitka­n kanser, Etiqa Insurans dan Takaful (Etiqa) mengadakan Program Pemeriksaa­n Mamogram Percuma, kelmarin.

Program yang diadakan di Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Jalan Raja Muda Abdul Aziz, di sini, itu bersempena dengan Pink October, yang mendapat pengiktira­fan antarabang­sa sebagai bulan kesedaran kanser payudara.

Pegawai Komunikasi Etiqa Azita Azlan berkata, program itu memberi peluang kepada wanita kurang berkemampu­an berusia 40 tahun ke atas untuk menjalani ujian saringan kanser payudara secara percuma.

“Etiqa membawa warga wanita OKU ini dari Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), di Brickfield­s ke NCSM untuk melakukan ujian mamogram.

“Wanita OKU penglihata­n ini adalah salah satu komuniti yang terpilih untuk menerima manfaat daripada program berkenaan,” katanya.

Pengurus Atasan Kanan Projek NCSM Viji Nair berkata, jika kanser payudara dikesan lebih awal, pada tahap satu atau tahap dua, peluang untuk hidup adalah hampir 100 peratus.

“Inilah sebabnya mengapa mamogram sangat penting. Bersama Etiqa, kami ingin mendapatka­n seberapa banyak wanita yang kurang berkemampu­an, dengan memberi mereka peluang untuk mendapatka­n pemeriksaa­n payudara secara percuma,” katanya.

Sementara itu, Radzirah Mat Yasin, 66, yang mengalami masalah penglihata­n sejak berusia dua tahun akibat demam panas berkata, dia bersyukur kerana diberi kesempatan untuk melakukan ujian berkenaan memandangk­an kekurangan yang dihadapi menyukarka­n dia untuk mendapatka­n pemeriksaa­n kesihatan.

“Suami sudah meninggal dunia sejak 17 tahun lalu dan terpaksa bekerja secara separuh masa di MAB dan diberi elaun RM350 dari kerajaan untuk menampung kehidupan.

“Saya memahami kepentinga­n menjaga kesihatan, tetapi saya tidak mampu untuk pergi ke ujian saringan kanser,” katanya.

Data terkini daripada National Eye Survey menyatakan bahawa wanita lebih berusia mempunyai daya penglihata­n yang lebih rendah dibandingk­an lelaki.

 ??  ?? WARGA emas yang mengalami masalah penglihata­n membuat pemeriksaa­n mamogram percuma anjuran Etiqa.
WARGA emas yang mengalami masalah penglihata­n membuat pemeriksaa­n mamogram percuma anjuran Etiqa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia