Harian Metro

UNTUK GENERASI KEDUA

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@hmetro.com.my

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mewujudkan fasa kedua Program Rumah Bina Negara RISDA 400 unit yang ditawarkan pada harga RM45,000 seunit khusus untuk generasi kedua luar bandar.

Program berkenaan bagi menarik generasi kedua luar bandar untuk terus kekal bermastaut­in dan menarik golongan itu kembali ke kawasan luar bandar.

Pengerusin­ya Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, projek pembinaan kediaman itu dilaksanak­an di seluruh negara dan mendapat permintaan tinggi memandangk­an harga jualannya mampu milik.

Beliau berkata, rumah berkenaan dibangunka­n di atas tanah peribadi dan RISDA menerusi anak syarikatny­a, RISDA Bina Sdn Bhd (RISDA Bina) akan melaksanak­an projek pembinaan kediaman kepada pemohon yang layak.

“Kos pembinaan kediaman ini mencecah RM65,000 dan mendapat subsidi daripada kerajaan RM20,000 bagi membantu generasi luar bandar mam- pu membangunk­an kediaman mampu milik di tanah masing-masing.

“Selain itu, kami juga bekerjasam­a dengan Agro Bank bagi membantu mereka mendapatka­n pembiayaan dan ia dalam proses perbincang­an terutama berkaitan syarat layak pemohon mendapat pembiayaan daripada bank,” katanya kepada Bisnes Metro, di sini.

Antara syarat ditetapkan RISDA kepada pemohon program kediaman itu selain genarasi kedua ialah

 RISDA sasar bina 400 unit kediaman berharga RM45,000

berusia 18 hingga 45 tahun, berkahwin, bermastaut­in di luar bandar, tidak memiliki rumah sendiri, pendapatan isi rumah di bawah RM4,000, tanah sendiri atau milik ibu bapa dan setuju mencagarka­n tanah.

Zahidi berkata, pihaknya juga berhasrat meneruskan projek berkenaan pada masa depan dengan menawarkan harga lebih murah sekiranya mendapatka­n kos pembinaan dapat diturunkan.

Katanya, antara langkah dilaksanak­an bagi membantu mengurangk­an kos pembinaan seperti menggunaka­n batu bata diperbuat daripada hasil buangan sawit. Ia sekali gus menjadikan kediaman lebih sejuk serta tidak diserang anai-anai.

 ??  ?? RUMAH Bina Negara mendapat subsidi daripada kerajaan RM20,000.
RUMAH Bina Negara mendapat subsidi daripada kerajaan RM20,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia