Harian Metro

MATI DIHEMPAP SEPUPU 146KG

- Agensi

 Budak perempuan maut akibat ‘hukuman’ wanita obes

Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun mati dihempap sepupunya seberat 146 kilogram sebagai hukuman kerana nakal.

Dericka Lindsay mendapat serangan jantung selepas mengalami kesukaran bernafas susulan dihempap Veronica Green Posey, 64, sebagai hukuman kerana ‘tidak terkawal.’

Mangsa dikejarkan ke hospital tetapi dia diisytihar­kan mati tidak lama kemudian.

Pensacola News Journal melaporkan, selepas menghempap Dericka, Veronica menyedari sesuatu tidak kena dan terus melakukan bantuan pernafasan untuk sepupunya itu.

Dia kini didakwa atas tuduhan homisid serta kekejaman terhadap kanak-kanak.

Ibu bapa mangsa, Grace Smith, 69, dan suaminya James, 62, turut berdepan tuduhan pengabaian kanak-kanak kerana tidak melaporkan kejadian itu.

Pada masa sama, Grace didakwa atas tuduhan kekejaman terhadap kanak-kanak. Dia dilaporkan memukul Dericka menggunaka­n pembaris dan batang besi sebelum kanak-kanak itu lari ke sofa tempat dia dihempap sehingga mati.

Sementara itu, Setiausaha Jabatan Kanak-Kanak dan Keluarga Florida Mike Carroll berkata, pihaknya masih menyiasat kematian Dericka.

“Kematian Dericka amat dahsyat dan kami tidak akan melepaskan sesiapa yang bertanggun­gjawab atas kejadian itu,” katanya.

 ??  ?? GRACE
GRACE
 ??  ?? VERONICA
VERONICA
 ??  ?? JAMES
JAMES
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia