Harian Metro

‘Bukan setakat buat duit’

-

Beijing: Pemilik sebuah kedai mi di wilayah Guizhou mendapat pujian netizen selepas didedahkan menawarkan makanan percuma untuk tukang sapu jalanan, anggota tentera dan warga emas.

Papan tanda besar berwarna merah digantung di restoran milik Sun Zhiwen di Zunyi itu menawarkan ‘sarapan percuma untuk tukang sapu, askar dan warga emas berusia lebih 70 tahun’ sejak dia membuka perniagaan­nya itu pada Oktober 2015.

Sun berkata, sepanjang dua tahun kebelakang­an ini, dia sudah menyedekah­kan lebih 20,000 mangkuk mi.

“Bukannya mudah melakukan kerja mereka. Bayangkan untuk seorang tukang sapu membersihk­an jalan terutama pada musim sejuk?

“Mereka terpaksa bangun awal dan ramai bekerja tanpa sarapan sehingga waktu tengah hari sedangkan tenaga dikerahkan begitu tinggi.

“Apa salahnya saya memastikan mereka mendapat bekalan makanan untuk menguatkan mereka ketika waktu rehat,” katanya.

Menurutnya, dia sendiri membesar dalam keluarga miskin dan sering mendapat bantuan orang lain.

Disebabkan itu, apabila dewasa dia berazam untuk turut membantu mereka yang memerlukan­nya.

“Saya cuma ahli perniagaan. Hidup ini bukan setakat untuk membuat duit dan mengumpul kekayaan.

“Pada saya, apa yang lebih penting adalah untuk orang lain turut merasai kasih sayang dan keprihatin­an yang saya sendiri alami ketika membesar dalam serba kekurangan,” katanya. - Agensi

 ??  ?? SUN menghidang­kan semangkuk mi untuk seorang tukang sapu. - Agensi
SUN menghidang­kan semangkuk mi untuk seorang tukang sapu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia