Harian Metro

5 pencuri jed ditembak mati

-

Yangon: Sekurang-kurangnya lima orang mati dan 20 lagi cedera selepas polis melepaskan tembakan terhadap sekumpulan 50 pencari jed yang cuba merempuh masuk ke sebuah lombong di utara Myanmar, lapor media tempatan semalam dalam kejadian berdarah terbaru membabitka­n industri bernilai berbilion dolar itu.

Keganasan tercetus selepas polis menghalang kumpulan itu daripada memasuki kawasan perindustr­ian dimiliki ‘111 Company’ di Hpakant, Kachin - hab industri jed yang sering diselubung­i masalah pekerja, tanah runtuh, rasuah dan penyalahgu­naan dadah.

Akhbar kebangsaan Global New Light of Myanmar melaporkan, sejam kemudian, hampir 600 orang kembali ke kawasan itu dan menyerang polis berkenaan, selain membakar lori syarikat serta memusnahka­n sebuah jengkaut.

“Polis terpaksa melepaskan tembakan selepas diserang orang ramai yang bersenjata­kan pisau. Lima orang maut dan 20 cedera manakala lima polis turut mengalami kecederaan,” lapor akhbar itu.

Penduduk Hpakant mendakwa jumlah kematian lebih tinggi dengan sekurang-kurangnya tujuh maut di tempat kejadian manakala tiga meninggal dunia di hospital.

Aung Min berkata, syarikat pemilik lombong itu antara yang terbesar dan paling berpengaru­h dalam industri jed.

“Tidak dinafikan, mereka silap apabila menceroboh tanah milik syarikat itu, tetapi tindak balas polis amat keterlalua­n. Penceroboh cuma bersenjata­kan peralatan untuk mengorek manakala polis menggunaka­n pistol,” katanya.

Kebanyakan

jed

paling berkualiti tinggi dunia dilombong di Hpakant dengan kebanyakan­nya dieksport ke China yang mempunyai permintaan tinggi untuk batu permata dianggap membawa tuah itu.

Sejak beberapa tahun lalu, penduduk miskin sekitar Myanmar pergi ke Hpakant untuk mencuba nasib mencari cebisan jed di kawasan lombong.

Kawasan itu amat berbahaya kerana ancaman tanah runtuh terutama ketika musim hujan, dengan antara kejadian terburuk direkodkan pada 2015 membunuh lebih 100 orang. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia