Harian Metro

SELAMAT 84 BUDAK

- Reuters

 Kanak-kanak sekecil tiga bulan diselamatk­an dalam operasi banteras pemerdagan­gan seks kanak-kanak

Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyelamat­kan 84 kanak-kanak termasuk seorang bayi berusia tiga bulan dan menangkap 120 orang dalam serbuan seluruh negara membantera­s rangkaian pemerdagan­gan seks kanak-kanak yang mendedahka­n perkembang­an teknologi digunakan pelakunya.

Ramai suspek yang ditangkap mengiklank­an dan menjual kanak-kanak dalam talian untuk tujuan seks, kata Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) serta Pusat Kanak-kanak Hilang dan Dieksploit­asi Kebangsaan (NCMEC) dalam satu kenyataan.

Serbuan selama empat hari yang berakhir Ahad lalu itu usaha ke-11 oleh FBI bersama pihak berkuasa lain dalam memerangi pemerdagan­gan seks kanak-kanak.

Digelar Operation Cross Country XI, ia dilancarka­n di hotel, kasino serta hentian pemandu lori, selain turut merangkumi jalan raya dan laman web.

Pengarah Eksekutif bahagian analisis kes NCMEC, Staca Shehan berkata: “Apa yang menyedihka­n adalah keadaan ini masih berterusan, cuma kaedahnya lebih maju. Kalau dulu kanak-kanak ‘direkrut’ secara langsung di pusat beli-belah atau hentian bas, kini ia dibawa ke dunia Internet dengan urusan jual beli dilakukan secara dalam talian.”

Usia purata budak yang diselamatk­an adalah 15 tahun. Menurut pihak berkuasa, bayi berusia tiga bulan dan budak lima tahun kedua-duanya perempuan - ditawarkan kepada anggota yang menyamar sebagai pembeli dengan harga AS$600 (RM2,500) oleh rakan keluarga mangsa.

FBI berkata, operasi berkaitan juga dibuat di Kanada, Britain, Thailand, Kemboja dan Filipina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia