Harian Metro

Lee sedia ‘berehat’

-

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong semalam berkata, dia bersedia meletak jawatan dalam tempoh beberapa tahun terdekat, walaupun penggantin­ya belum lagi dipilih namun berkemungk­inan besar sudahpun menganggot­ai Kabinet.

Dalam temu bual dengan CNBC yang disiarkan semalam, Lee, 65, anak kepada bapa pengasas Singapura, Lee Kuan Yew, berkata, pilihan raya baru mungkin diadakan bila-bila masa sebelum 2021 iaitu apabila tamatnya penggal lima tahun Parlimen.

Ditanya sama ada dia bersedia melepaskan jawatannya dalam tempoh beberapa tahun akan datang, Lee berkata:

“Saya bersedia. Tetapi saya perlu memastikan ada pengganti yang bersedia mengambil alih. Ada orang yang dilihat berkemampu­an, cuma masih perlu difikirkan secara menyeluruh.

“Kemungkina­n besar orangnya sudahpun menganggot­ai Kabinet, tetapi memerlukan masa untuk penelitian.”

Lee akan melawat Amerika Syarikat (AS) esok yang turut merangkumi perjumpaan dengan Presiden Donald Trump di Rumah Putih.

Media tempatan dan penganalis­is menganggap Menteri Kewangan Heng Swee Keat dan bekas ketua tentera Chan Chun Sing yang juga menteri di pejabat perdana menteri sebagai antara calonnya.

Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugara­tnam juga dilihat sebagai calon walaupun dia berulang kali menyatakan tidak berminat memegang jawatan itu. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia