Harian Metro

SEGERA LUPA KEKALAHAN

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

 Chong Wei mahu kekal fokus di Terbuka Perancis selepas ditundukka­n pemain India di Terbuka Denmark, semalam

Tiada langsung riak kecewa di wajah jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei biarpun tewas di pusingan kedua kepada pemain India, HS Prannoy di Terbuka Denmark, semalam.

Pemain berusia 35 tahun itu sedar dia sedang dalam proses untuk menerima hakikat bahawa tidak semua kejohanan mampu dimenangin­ya apatah lagi dengan faktor usia yang semakin meningkat.

Chong Wei berkata, dia kini mengambil pendekatan untuk menikmati setiap perlawanan­nya tanpa meletakkan sasaran atau tekanan.

“Saya akui tidak bermain dengan baik apabila banyak melakukan kesilapan tidak sepatutnya. Saya perlu puji prestasi Prannoy kerana dia bermain sangat baik.

“Apapun, saya tidak terlalu kecewa kerana saya kembali mendapat rentak dan kepantasan pergerakan saya. Dalam perlawanan atau kejohanan pasti ada menang atau kalah dan yang paling penting terus kekal fokus,” kata Chong Wei ketika dihubungi di Odense.

Bekas pemain nombor satu dunia itu terpaksa akur apabila tewas kepada Prannoy 17-21, 21-11, 19-21 dalam tempoh 64 minit.

Chong Wei yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-35 hari ini, kini mengalihka­n fokusnya kepada saingan Terbuka Perancis yang akan bermula, Selasa depan.

“Saya akan lupakan segera kekalahan ini dan fokus kepada Terbuka Perancis. Ada beberapa hari lagi sebelum kejohanan bermula dan saya akan buat persiapan terbaik,” kata Chong Wei yang tiga kali muncul juara Terbuka Perancis pada 2007, 2011 dan 2015.

Chong Wei akan membuka tirai saingan menentang pemain yang melepasi pusingan kelayakan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PRANNOY
PRANNOY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia