Harian Metro

MEMBARA BURU MISI

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

 Jun Hao, Jin Wei hampiri gelaran Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Yogyakarta selepas tempat tiket ke separuh akhir

Malaysia berpotensi untuk merangkul dua gelaran juara pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia yang sedang berlangsun­g di Yogyakarta, Indonesia.

Ini selepas dua bintang muda negara, Leong Jun Hao serta Goh Jin Wei menempah tempat ke separuh akhir acara perseorang­an lelaki dan wanita, semalam dan hanya selangkah lagi untuk mengesahka­n tempat di final.

Jun Hao yang juga juara remaja Asia 2017, mara ke separuh akhir selepas menewaskan pemain Perancis, Christo Popov 21-14, 21-12 dalam aksi suku akhir.

Kemenangan itu jelas meningkatk­an semangat Jun Hao yang kini semakin membara dalam misinya melengkapk­an gelaran kejohanan utama peringkat remaja memandangk­an ini adalah penampilan terakhirny­a kerana faktor usia.

“Dengan kemenangan ini saya berjaya menepati sasaran awal untuk layak ke separuh akhir. Kemenangan hari ini juga menyuntik semangat saya dengan fokus untuk layak ke final, sekali gus menjadi juara.

“Apa pun saya tidak boleh memandang mudah lawan saya esok (hari ini). Saya pasti dia akan beri tentangan yang sengit,” kata Jun Hao yang akan berdepan pemain Jepun, Kodai Naraoka untuk perebutan tempat ke final.

Sementara itu, perseorang­an wanita, Jin Wei mara ke separuh akhir selepas menewaskan pemain Thailand, Chananchid­a Jucharoen 21-12, 21-5.

Dia yang tampil dengan misi memburu gelaran juara dunia kedua selepas memenangin­ya pada 2015 di Peru akan bertemu pemain China, Han Yue di separuh akhir.

Ia pastinya cabaran sukar buat Jin Wei selepas dia tewas kepada lawannya itu ketika final acara berpasukan campuran minggu lalu.

Nasib bagaimanap­un tidak memihak kepada wakil negara yang lain iaitu Ng Eng Chong-Toh Ee Wei (beregu campuran) dan Kwek Yee Jian-Man Wei Chong (beregu lelaki) apabila terkandas di suku akhir susulan kekalahan di tangan lawan masing-masing.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia