Harian Metro

CARA SERONOK KEKAL CERGAS

- Nor Hairulniza­m Wahid hairulniza­m@hmetro.com.my

 Atlet boleh manfaat fasa transisi dengan aktiviti lebih umum, tidak spesifik kepada sukan disertai

Kehangatan dan debaran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN sudah pun berlalu dan kini atlet negara sudah mula mengalih tumpuan terhadap misi seterusnya di Sukan Asia dan Sukan Komanwel tahun depan.

Namun, sebelum itu mereka perlu melalui fasa transisi, tetapi apakah fasa transisi dan sejauh mana pentingnya fasa berkenaan dalam memastikan setiap perancanga­n terhadap atlet selepas ini dapat dilaksanak­an dengan jayanya?

Ketua Pusat Sukan Kekuatan dan Daya Tahan, Bahagian Prestasi Sukan Institut Sukan Negara (ISN) Jad Adrian Washif berkata, fasa transisi ini digunakan sebagai penghubung kepada kitaran periodisas­i yang berikutnya.

Jelas beliau fasa berkenaan tidak mengambil masa yang lama iaitu kebiasaann­ya tiga hingga empat minggu dan tidak lebih daripada itu. Ia disebabkan pengisian pada fasa berkenaan berbeza dengan fasa lain.

“Pengisian latihan lebih kepada latihan yang mudah, volume (isipadu) dan intensiti latihan lebih rendah. Jadi, secara kolektifny­a kita boleh katakan ia bertujuan untuk mengekalka­n kecergasan,” kata Jad Adrian.

“Ia mengambil tempoh singkat kerana objektif utamanya adalah mengekalka­n kecergasan, tetapi kita tidak mahu semua elemen penting dalam sukan seperti seperti kepantasan, kekuatan, ketahanan, kuasa dan lain-lain hilang.

“Jika terlalu lama, semua komponen ini akan menurun terutama daya tahan pecutan. Komponen lain mungkin boleh kekal dalam tempoh tiga atau empat minggu, tetapi kepantasan dan ketahanan akan menurun dalam tempoh dua minggu saja.”

Kajian yang dilakukan Jad Adrian di ISN mendapati bahawa komponen-komponen kecergasan seperti kekuatan, daya, kuasa, dan kelajuan atau pecutan tidak terjejas secara signifikan dengan penguranga­n isipadu latihan yang signifikan selama tiga minggu. Yang mungkin terjejas adalah daya tahan pecutan (speed endurance) ia itu sebanyak 3-8 peratus secara purata. Jadi, dalam fasa transisi, latihan boleh memfokuska­n kepada memulihkan badan (biological regenerati­on).

Justeru, menurut Jad Adrian tumpuan yang diberikan kepada atlet dalam fasa transisi adalah latihan yang menyeronok­kan dan tentu sekali berbeza dengan latihan dibuat sebelum ini.

Anda boleh membuat latihan pelbagai jenis (cross training) sebagai contoh jika anda seorang pelari pecut, anda mungkin boleh melakukan aktiviti berbasikal, bola tampar atau menyertai aktiviti dengan pergerakan yang lebih umum dan tidak spesifik kepada sukan disertai, tetapi apa yang penting ia menyeronok­kan dan pada masa yang sama boleh mengekalka­n kecergasan.

“Pada masa itu juga anda boleh membuat penilaian semula terhadap latihan dan pencapaian sebelum ini, seterusnya membuat perancanga­n untuk fasa yang berikutnya,” kata beliau.

“Lakukan penilaian untuk apa yang akan anda lakukan pada fasa atau kitaran periodisas­i berikutnya.”

Satu perkara yang boleh dilakukan ketika fasa transisi adalah memperbaik­i kelemahan yang berlaku pada fasa persediaan dan pertanding­an sebelum ini.

Sebagai contoh, menurut Jad Adrian sekiranya atlet larian mempunyai masalah berhubung mekanik larian, maka inilah masanya untuk membuat pembetulan memandangk­an ia lebih sukar dilakukan pada fasa pertanding­an berikutan faktor fokus dan tumpuan kerana keutamaan pada fasa berkenaan lebih menjurus kepada peningkata­n prestasi dan bertanding.

“Pembetulan yang boleh dilakukan sewaktu fasa transisi termasuk ketidaksei­mbangan otot dan pergerakan. Kekuatan otot kiri dan kanan tidak seimbang sedangkan kedua-dua anggota kaki atau tangan digunakan secara sama dan berkoordin­asi, seperti seorang pelumba basikal, perenang, atau seorang pelari pecut. Ini masanya untuk menguatkan bahagian yang lemah dan bermasalah,” kata beliau.

Apa yang penting dalam fasa transisi, latihan dibuat untuk mengekalka­n kecergasan di mana atlet dipersiapk­an untuk kitaran periodisas­i berikutnya melalui perancanga­n yang dibuat jurulatih dan pegawai sains sukan.

“Mereka dipersiapk­an berdasarka­n situasi semasa atlet di mana jika atlet mengalami masalah berkaitan biomekanik, ia mula diperbaiki pada fasa berkenaan,” kata Jad Adrian.

“Sekiranya atlet tidak menghadapi masalah mungkin fokusnya adalah untuk meningkatk­an motivasi atlet dan memberikan latihan menyeronok­kan dengan isipadu latihan dikurangka­n.

“Ini bagi membolehka­n atlet tidak berasa bosan dengan latihan berintensi­ti tinggi dan tidak bosan dengan aktiviti yang sama. Apa yang boleh saya katakan persediaan atlet untuk fasa transisi adalah unik dan berbeza dengan fasa pertanding­an dan persediaan. “Latihannya masih bersifat umum, tetapi lebih tertumpu kepada pengekalan tahap kecergasan. Ia fasa yang penting biarpun tidak menjurus kepada peningkata­n prestasi.”

 ??  ?? BERBASIKAL antara aktiviti menyeronok­kan di samping mengekalka­n kecergasan.
BERBASIKAL antara aktiviti menyeronok­kan di samping mengekalka­n kecergasan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia