Harian Metro

PESONA NISSAN KLASIK

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Bagi peminat koleksi kereta klasik, kebiasaann­ya mereka akan menjaga kereta kesayangan itu seperti ‘isteri kedua’ dan hanya menggunaka­nnya sekali sekala apabila ada kelapangan.

Tujuannya adalah untuk memanaskan enjin selain bergaya di atas jalan raya bersama kereta yang jarang sekali dapat dilihat pada era moden ini.

Namun, tidak bagi pemain ragbi negara Badrul Muktee yang juga mempunyai sebuah kereta lama jenama Nissan buatan 1969.

Bagi Badrul, dia bukan saja mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta klasik, malah itu jugalah kereta yang menjadi kegunaanny­a setiap hari untuk pergi ke mana saja.

“Ini adalah kereta pertama saya. Sebelum ini memang saya tidak ada kereta.

“Saya beli kereta ini sebab pertamanya adalah minat terhadap kereta antik terutama jenama Nissan dan keduanya memang untuk kegunaan seharian.

“Kereta inilah juga yang saya gunakan untuk pergi balik sesi latihan. Bermakna saya bukan beli kereta ini hanya semata-mata untuk meletakkan­nya di tempat letak kereta di rumah,” katanya.

Menceritak­an bagaimana boleh terdetik minat untuk memiliki kereta buatan Jepun itu, Badrul berkata, ia memang sudah lama diidamkann­ya.

“Kereta ini mempunyai reka bentuk seperti jenama Mustang. Untuk memiliki sebuah kereta Mustang pastinya sukar kerana ia agak mahal dan sukar didapati di

Malaysia.

“Sebab itu saya ambil keputusan untuk memiliki kereta Nissan ini yang baru saja dibeli pada Mei lalu.

“Saya membelinya daripada orang tempatan di Sandakan dengan harga RM4,700,” katanya.

Jelas Badrul, dia tidak berminat untuk menambah baik kereta itu kerana mahu mengekalka­n ciri antiknya.

“Saya lebih gemar melihat kereta ini seperti asal, bermakna tiada penambaika­n yang terlalu drastik.

“Sebab saya tidak mahu ia hilang identiti sebagai kereta antik. Malah, enjinnya juga masih yang asal dan belum pernah ditukar,” katanya.

Ditanya adakah sukar untuk menjaga kereta yang sudah berusia itu, Badrul tidak menganggap­nya begitu.

“Penjagaan kereta ini sama saja dengan kereta lain, tetapi hanya berbeza untuk penggunaan minyak enjin.

“Kereta seperti ini tidak sesuai menggunaka­n minyak enjin terkini, sebaliknya ia masih perlu menggunaka­n minyak enjin lama,” katanya.

Bagi Badrul, dia ada memasang hasrat untuk menambah koleksi kereta klasik pada masa depan.

“Kalau ada rezeki lebih, sudah tentu saya mahu memiliki sebuah lagi kereta antik. Tapi, buat masa sekarang, cukuplah dengan kereta Nissan ini,” katanya.

 Kereta buatan 1969 peneman

setia Badrul setiap hari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia