Harian Metro

J ‘MAIN MACAM BIASA AJE...’

- AFP

aringan lewat Olivier Giroud membolehka­n Arsenal meraih kemenangan ketiga berturut-turut dalam kempen Liga Europa dengan menundukka­n Red Star Belgrade yang beraksi 10 pemain 1-0 di Serbia, awal pagi semalam.

Anak buah Arsene Wenger itu gagal memperagak­an permainan yang bertenaga sebelum Giroud meledak gol kemenangan pada minit ke-85 selepas pemain Belgrade, Milan Rodic dibuang padang.

“Semalam, saya menyatakan bahawa tiada siapa yang akan mempersoal­kan

karakter

 Wenger bakar semangat pemain Gunners atasi Belgrade

kami dan kami membuktika­nnya pada aksi hari ini,” kata pemain tengah The Gunners, Jack Wilshere.

“Kami tahu sukar berkunjung ke sini dan saya rasa mereka belum tewas lagi di laman sendiri pada musim ini. Sebelum perlawanan lagi kami sedar bahawa aksi ini akan menjadi sengit.

“Ketika rehat separuh masa, pengurus berkata, ‘main saja seperti biasa kerana banyak ruang yang dibuka’ dan mereka berjaya melakukann­ya.”

Pada aksi terbabit, Theo Walcott beroleh peluang pertama untuk membuka jaringan namun diselamatk­an penjaga gol, Milan Borjan menggunaka­n kaki.

Arsenal yang menurunkan pertahanan kurang berpengala­man hampir dibolosi apabila tandukan Richmond Boakye yang tidak dikawal singgah di palang pada minit ke-26.

Namun, pelawat memperoleh peluang keemasan apabila pertahanan tuan rumah, Rodic dilayangka­n kad kuning kedua pada minit ke-80.

Kesempatan itu sekali gus digunakan oleh Giroud yang melakukan sepakan gunting untuk gol tunggal perlawanan ketika saingan berbaki lima minit lagi.

Sementara itu, Everton terus berdepan nasib buruk dalam kempen Liga Europa apabila tewas 2-1 di tangan Olympique Lyonnais pada aksi di laman sendiri, awal pagi semalam sekali gus kekal menghuni tangga tercorot Kumpulan E.

Everton begitu menagih kemenangan selepas sekadar meraih satu mata daripada dua perlawanan pertama namun mereka ketinggala­n seawal minit keenam menerusi sepakan penalti yang disempurna­kan Nabil Fekir.

Ashley Williams mengikat kedudukan pada minit ke-69 selepas bernasib baik sekadar dilayangka­n kad kuning apabila mencetuska­n pergaduhan yang menyaksika­n dia menolak penjaga gol lawan, Anthony Lopes.

Tuan rumah hampir mendahului permainan apabila sepakan percuma Gilfi Sigurdsson sedikit melewati palang namun bekas penyerang Chelsea, Bertrand Traore meledak gol kemenangan untuk menghadiah­kan mata penuh buat pelawat.

 ??  ?? GOL hujung aksi dijaringka­n Giroud sah kemenangan ketiga Gunners. WALCOTT (kanan) lepas peluang ledak gol buat Arsenal.
GOL hujung aksi dijaringka­n Giroud sah kemenangan ketiga Gunners. WALCOTT (kanan) lepas peluang ledak gol buat Arsenal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia