Harian Metro

Blues terdesak cari rentak kemenangan

-

London: Chelsea yang dipalit krisis kecederaan bersedia untuk menghidupk­an kembali kempen mempertaha­nkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika bertemu Watford, malam ini.

Anak buah Antonio Conte itu gagal meraih kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir - tewas mengejut 1-2 di tangan Crystal Palace di laman sendiri minggu lalu sebelum seri 3-3 bertemu Roma pada aksi Liga Juara Juara, kelmarin.

Victor Moses, N’Golo Kante dan Danny Drinkwater semuanya diketepika­n akibat kecederaan sementara David Luiz serta Tiemoue Bakayoko pula belum pasti dapat diturunkan untuk aksi liga itu.

Ini sekaligus meninggalk­an Cesc Fabregas sebagai satu-satunya pemain tengah yang boleh beraksi dan pertahanan The Blues, Cesar Azpilicuet­a menyimpulk­an bahawa ‘emosi’ skuad itu ketika ini sebagai tidak bagus.’

“Permainan berpihak kepada kami ketika kami mendahului 2-0 namun kami hampir tewas apabila ketinggala­n

3-2,” kata pemain kelahiran Sepanyol itu.

“Ini bukanlah detik terbaik kami buat masa ini. Kami beraksi selepas dua kekalahan berturut-turut dalam aksi EPL.

“Untuk beraksi dengan suasana sebegitu dan meraih satu mata adalah satu kejayaan besar buat pasukan. Kami menunjukka­n karakter untuk tidak berputus asa.

“Namun, realitinya adalah kami tidak menang dalam tiga perlawanan terakhir dan kami akan cuba mencetak kemenangan pada aksi Sabtu ini (malam ini).”

Sementara itu kapten Chelsea Gary Cahill mengakui skuadnya semakin keletihan akibat jadual padat.

Namun pertahanan itu masih bersemanga­t dan mendakwa mereka mempunyai peluang untuk memulihkan prestasi ketika berdepan kesibukan jadual.

Cahill yang dijangka bermain biarpun dengan dahi berjahit ketika menentang Roma berkata: “Ia memang memberi kesan. Ia memang ketara apabila anda bermain setiap tiga hari sekali dan tempoh pemulihan begitu pendek.” -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia