Harian Metro

POGBA DAH SEDIA!

- AFP

Huddersfie­ld

Paul Pogba tampak bersedia kembali menyertai skuad Manchester United namun pengendali­nya, Jose Mourinho belum pasti sama ada pemain tengah Perancis itu sudah cergas sepenuhnya untuk diturunkan.

United mengekalka­n rekod cemerlang musim ini meskipun tanpa kelibat Pogba yang mengalami kecederaan hamstring ketika bertemu Basel, bulan lalu dan sedang menjalani persiapan bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Huddersfie­ld Town, malam ini.

Kehilangan tonggak tengah itu nyata sedikit merencatka­n corak permainan United yang menyaksika­n mereka terikat tanpa jaringan bertemu Liverpool namun meraih kemenangan 1-0 ke atas Benfica pada aksi Liga Juara Juara, kelmarin.

Pasukan itu berdepan kekurangan pemain tengah ketika ini dengan Marouane Fellaini turut berdepan masalah kecederaan ketika membantu Belgium pada aksi Kelayakan Piala Dunia, awal bulan lalu.

Ini bermakna gandingan Nemanja Matic dan Ander Herrera dijangka bakal dikekalkan jika Fellaini ataupun Pogba gagal kembali dalam masa terdekat.

Selain dua pemain tengah itu, United turut bimbang dengan kecederaan Marcus Rashford yang mengalami kecederaan lutut ketika aksi Liga Juara Juara, kelmarin.

Memandangk­an Mourinho gemar menggilirk­an Rashford dan Anthony Martial pada musim ini, penyerang Perancis itu dijangka sekali lagi akan membarisi kesebelasa­n utama.

“Mengenai Rashford, saya rasakan ia hanyalah kekejangan kerana dia terlalu banyak berlari dan mungkin hanyalah membabitka­n otot yang kepenatan.

“Dia menyatakan ada sesuatu yang tidak kena pada lututnya. Pada pandangan saya, ia seperti kecederaan kecil tetapi kami tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.’

“Saya mengharapk­an ada pemain yang akan kembali untuk aksi bertemu Huddersfie­ld. Tetapi saya tidak tahu mengenai Pogba mahupun Fellaini.”

Pada masa sama permulaan gemilang Huddersfie­ld di Liga Perdana Inggeris selepas dinaikkan pangkat dari Liga Kejuaraan menerusi play-off semakin pudar sejak beberap minggu kebelakang­an ini.

Skuad David Wagner mencatat kemenangan dalam dua perlawanan pembukaan namun gagal meraih sebarang kemenangan dalam enam perlawanan terakhir, hanya menjaringk­an satu gol.

 Sensasi United sudah pulih, kembali perkuat

jentera tengah Red Devils

 ??  ?? RASHFORD POGBA (kanan) cedera ketika menentang FC Basel dalam Liga Juara-Juara bulan lalu.
RASHFORD POGBA (kanan) cedera ketika menentang FC Basel dalam Liga Juara-Juara bulan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia